Jika Anda Jadi pemimpin, Apakah Tindakan Anda Terhadap Festival Ini?
Malaysia sedang mengalami saat ujian dan dugaan Tuhan. Kehilangan MH370 masih merupakan bencana yang belum ada kesudahannya. Tidak ada pertunjuk positif yang betul-betul konkrit. Seuanya hanya maklumat 'separa masak' yang akhirnya ternyata - samada tidak benar atau rekaan atau tidak tepat. Ujian Tuhan yang mengejutkan ini pula berlaku pada 7 Mac tahun ini. 2014 adalah tahun yang dinanti-nanti oleh Kementerian Pelancongan dengan promosi Tahun Melawat Malaysia!! Sukarnya seseorang pemimpin atau menteri yang 'biasa-biasa' untuk membuat keputusan. Tentu serba salah kerana acara untuk setahun ini sudah lama dirancang sedangkan suasana sedih sedang menyelubungi negara. Keadaannya sangatlah sukar dan sulit jika ada cadangan untuk mengubah suai acara Tahun Melawat Malaysia ini. Sasaran kementerian berkenaan ialah menjadikan sektor pelancongan negara sebagai penyumbang pendapatan negara yang terbanyak. Bukan mudah! Jika kita faham, Tuhanlah yang mengubah agenda ...