Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MUSIM HAJI 2013

Ribut Di Arafah Tidak Halang Persiapan Wukuf - Jamil Khir

Imej
Daripada Azeman Ariffin MAKKAH, 10 Okt (Bernama) -- Hujan ribut di Arafah petang semalam yang mengakibatkan beberapa buah khemah jemaah Malaysia runtuh tidak menjejaskan persiapan Tabung Haji (TH) untuk urusan ibadah wukuf di Arafah empat hari lagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata khemah-khemah yang runtuh itu adalah yang belum siap dipasang dan belum lagi diikat. Katanya, hujan dan banjir kilat menjelang musim haji adalah perkara biasa dan pengurusan TH sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. "Menjelang musim haji, kedua-dua masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi di Medinah akan mengadakan solat hajat dan berdoa memohon hujan dan hujan menjelang musim haji adalah perkara biasa. "Berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas... Insya-Allah kita akan gunakan pengalaman itu untuk meningkatkan persiapan kita," katanya kepada pemberita di Makkah, Khamis. Beliau menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya ker...