Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PasMa

PasMa Mula Bertapak Di Terengganu

Imej
Paparan berikut diambil dari BLOG MSO PasMa Terengganu selamat ditubuh Negeri Terengganu mencatat negeri kedua selepas Pahang yang mempunyai jawatankuasa pimpinan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) apabila ianya dibentuk dalam satu himpunan NGO berkenaan di Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini. Kepimpinan PasMa Terengganu. Menurut jurucakap PasMa perlancaran rasmi penubuhan PasMa Terengganu akan dibuat di Dungun dalam tempoh terdekat secara besar-besaran. PasMa Terengganu diterajui oleh bekas Wakil Rakyat Kota Putra Besut Abdul Aziz Abbas selaku Pengerusi. Manakala tiga orang Timbalan Pengerusi pula terdiri daripada Omar Abu Bakar, Daud Hassan dan Mokhsin. Setiausaha disandang oleh Wan Aimin Wan Ismail, Penolong Setiuasaha Aminuddin dan Bendahari Zakaria Ali yang juga merupakan adik kepada bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu. Selain itu beberapa orang dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Penubuhan PasMa Terengganu ini sudah tentu...