Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel IBU BAPA

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?

Imej
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya,” telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja..” Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.. Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak “kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? “. Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang t...

Kisah Benar - Susu Ibu Meleleh Keluar Tanpa Henti!! Wahai Para Ibu!! Hati-Hati Dengan Kata-kata Mujarabmu Terhadap Anak-anak

"Kalau betul engkau anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!" Itulah kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti. Tubuh saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu. Tetapi sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk. Ibu serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu. Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi. Saya langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya...

Kisah Benar - Azab Anak Derhaka Menempuh Sakaratul Maut

Imej
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. “Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.” Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya...

Ibu Bapa Penentu Hidup Mati Kita

Kita lahir ke dunia sebab ada ibubapa. Tanpa mereka berdua, tidak adalah kita. Itu sunnatullah. Allah jadikan manusia ada ibu dan bapa. Tidak patut ada manusia yang melupakan hal yang asas ini. Allah mengajar kita agar mengakui ada orang lain yang berjasa pada kita. Menjadi manusia yang baik ialah manusia yang mengenang jasa. Manusia diminta mengutamakan syukur - mengenang nikmat Allah yang tidak terhingga pada kita. Itulah kesyukuran yang wajib di terjemahkan dalam bentuk tindakan - mentaatiNya, mengikut semua perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya.  Terlalu banyak hal yang kita lupa dan lalai dalam mensyukuri nikmat Allah.  Terima kasih kita yang kedua tentunya kepada Rasulullah saw yang sangat banyak jasa Baginda saw kepada kita. Bagindalah penyelamat kita dunia akhirat. Di dunia, Bagindalah yang telah menunjukkan jalan keselamatan iaitu islam untuk kita anuti dan patuhi seluruh ajarannya. Di akhirat Baginda menunggu umatnya dengan syafaat yang agung. ...

Anak Malas Tukar Lampin Ibu Jadi Viral Di Facebook

Imej
Dua gambar screenshot dua individu anak kepada pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Tun Fatimah Muar dan Hospital Besar Teluk Intan dikecam teruk oleh netizen dan viral di laman Facebook, seperti yang dilaporkan dari sebuah blog semalam. Mana tidaknya, kedua-dua individu terbabit dengan sewenang-wenangnya mendakwa ibu mereka yang dimasukkan ke wad tidak dijaga dengan baik oleh jururawat yang bertugas. “Selepas kena kerah tukar lapik mak, baru nak buat. Kalau tak, langsung tak peduli kotor pun. Hai jururawat tak nak buat, panggil Sister datang buat,” – keluh seorang anak akan sikap jururawat di Hospital Pakar Tun Fatimah Muar. “Apa dah jadi dengan servis nurse kat Hospital Teluk Intan. Tukar cadar, mandikan pesakit, tukar pampers, buang pampers yang digunakan dilakukan oleh kita atau saper yang menunggu pesakit. Sedangkan itu tugas seorang nurse. Mereka hanya check tekanan darah jer. Itulah yang berlaku hari ini. Saper nak jawab ni? Pengarah Hospital, tolong...