Jangan Silap!! Fahami Zihar Sebenarnya
1) PENGERTIAN ZIHAR 1. Dari segi bahasa Arab diambil dari perkataan belakang, kerana bentuk zihar pada asalnya adalah seperti berikut : kata suami kepada isterinya: awak itu dengan saya seperti belakang ibu saya. Jadi dengan sebab kebiasaan orang Arab Jahiliah menggunakan perkataan “Zihar”. 2. Dari segi istilah syara’ bererti : suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun seorang yang haram berkahwin dengannya. Dengan ini menyebabkan isteri itu menjadi haram kepadanya. Seperti kata suami kepada isteri: awak ini saya lihat serupa dengan ibu saya. 2) DALIL ZIHAR Firman Allah Taala : Ertinya : Orang-orang yang menzihar isterinya, tidaklah isterinya itu menjadi ibunya tidaklah yang menjadi kepada mereka melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka itu menyentuh perkataan yang mungkar dan dusta. (Surah Al-Mujadalah : ayat 2) 3) HIKMAH DILARANG ZIHAR Sebagaimana yang diketahui di zaman jahiliah bah...