Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel - TIPS DAN PANDUAN

10 Tips Membeli Ikan Segar Di Pasar

Imej
Let’s face it. Jika anda tidak tahu beza ikan pelata dengan ikan cencaru, besar kemungkinan tidak akan mengotorkan tangan anda untuk memilih ikan dari timbunan banyak-banyak ikan di meja peniaga ikan. Anda akan bagitahu ikan apa yang anda mahu, berapa kilo, bayar dan terus beredar. Before you know it, isteri/ibu/kawan anda akan bersumpah tidak akan membenarkan anda membeli ikan untuknya lagi kerana anda baru sahaja membeli ikan yang tidak segar. Tahukah anda ikan goreng yang dibeli segar rasanya sangat-sangat berbeza sedapnya berbanding ikan goreng yang anda makan di dewan makan sekolah berasrama anda dahulu? Persoalannya bagaimana untuk memilih ikan yang tersegar dan terbaik dari lambakan ikan yang dilonggok di pasar? Di sini, kami ingin berkongsi tips  Oleh Chef Jamie Oliver  -  bagaimana memilih ikan ketika di pasar. Gunakan deria penglihatan anda 1. Badan ikan segar mempunyai kulit yang licin dan berkilat. 2. Ikan bersisik yang segar m...

Jangan Buat 25 Perkara Ini!!

Imej
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita. 2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan. 3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang. 4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit. 5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental. Kal...

10 Perkara Kenapa Pengantin Baru bercerai - Tips Dan Panduan Untuk Pengantin Remaja

Melihat kepada statistik perceraian di kalangan pengantin baru, ianya terjadi dengan punca yang berbagai-bagai. Asas puncanya hanya satu iaitu soal iman dan rasa hati dengan Tuhan. Jika hati sudah tidak terhubung dengan Tuhan  yang maha kuasa, apakah lagi unsur yang mampu melawan bujukan nafsu dan syaitan.  Penguasaan nafsu, iblis, syaitan dan juga usaha musuh islam seperti yahudi akan menjadikan remaja makin jauh tersasar. Semakin banyak zina dan maksiat berlaku, semakin galaklah musuh-musuh Islam merencanakan pelbagai program untuk melipatgandakan lagi kerosakan sosial remaja kita. Semakin bertambahnya anak-anak zina di tengah masyarakat, semakin kukuhlah keupayaan mereka mengkucarkacirkan sistem sosial umat Islam.   Musuh-musuh Islam akan sentiasa memastikan kerosakan berganda berlaku. Media massa dan ruang siber menjadi medan 'perang' terhadapa umat Islam yang semakin dahsyat. Remaja Islam semakin sukarlah untuk dipulihkan. Ianya umpama terperosok ke lubang y...