Kenapa Allah Menyukai Yang Ganjil (Witir)
Ganjil adalah bilangan yang jika dibahagi dua maka berbaki 1 dan itu adalah perkara yang Allah dan Rasulnya suka, kerana Allah SWT itu hanya 1 atau Maha esa, tunggal. Dalam sebuah hadis Rasullullah SAW bersabda: إن الله وتر يحب الوتر "Sesungguhnya Allah SWT itu witir dan Dia mencintai yang witir (ganjil) '," (HR Bukhari dan Muslim). Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: "Witir maknanya ganjil (lawan genap). Allah itu witir, ertinya Allah itu esa tidak ada sekutu yang sama bagi-Nya. Sedangkan makna "Allah mencintai witir adalah bahawa Allah mengutamakan bilangan ganjil dalam beberapa amalan dan ketaatan. Allah menjadikan solat itu 5 waktu, bersuci 3 kali, tawaf 7 kali, sa'i 7 kali, melontar jumrah 7 kali, hari tasyriq ada 3 hari, beristinjak 3 kali, kain kafan disyariatkan 3 lapis, zakat pertanian (nisabnya) 5 wasaq, zakat perak 5 uqiyah, demikian juga nisab zakat unta dan lain-lain. Demikian juga Allah jadikan beberapa mak...