Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KALIMAH SYAHADAH

Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada p...

Apakah Ungkapan Paling Utama Di Dunia Dan Akhirat?

Imej
Kalimah Syahadah Sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah 'La illaha ilallah Muhammad Rasulullah' dengan ikhlas maka wajib syurga baginya. Ditanya oleh para sahabat, 'Bagaimanakah ikhlasnya Ya Rasulullah?' 'Ikhlasnya ialah kalimah tersebut dapat menbentengi dirinya dari melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah subhanahua ta'ala.' Hari ini manusia Islam yang pernah mengucapkan kalimah tersebut semakin ramai tidak dapat membentengi diri mereka dari perkara yang diharamkan oleh Allah ta'ala. Sebagai contoh kita boleh dengar dari percakapan mulut mereka sendiri yang menyatakan bahawa kereta serta rumah yang mereka duduki atau gunakan maseh berhutang dengan bank. Kalau sudah namanya berhutang dengan bank sudah pasti pula terlibat dengan kadar faedah yang bank kenakan keatas mereka dan kadar faedah inilah yang dinamakan riba'. Sedangkan Allah ta'ala dan Rasul Nya telah mengharamkan riba'. Lalu makin ramai manusia m...