Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BAHASA

Apa Sudah Jadi? - 604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu

Imej
Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah. Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Menurut laporan dari laman berita Utusan Online , mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010. “Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?. “Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan bai...