Lawatan Ke Indonesia - Mahathir Doakan Jokowi Terplih Presiden Indonesia
Indonesia sedang demam pilihanraya. Pemilihan Presiden baru Indonesia menjadi kemuncak yang ditunggu-tunggu. Setiap calon mempunyai wawasan tersendiri. Jokowi pula popular kerana sikap merendah diri dan sanggup turun ke bawah mendekati golongan marhaen. Sememangnya Jokowi agak kurang popular di kalangan golongan elit tetapi 'fenomena Jokowi' di kalangan rakyat bawahan sudah cukup menggemakan. Ianya berjaya menenggelamkan isu-isu berbangkit yang sengaja di canang oleh pihak lawannya yang ramai dari pelbagai penjuru. Rakyat Indonesia sudah jemu dengan sikap kepimpinan elit. Sudah sampai masanya mereka menikmati kepuasan memilih presiden yang lahir dari kalangan mereka sendiri. Jokowi hanya perlu menggilap imejnya agar dilihat mempunyai jaringan kenalan yang luas dengan para pemimpin luar negara. Tanpa belum pernah merasai sebarang kerusi menteri - selaku medan menimba pengalaman kepimpinan peringkat pusat, Jokowi dilihat masih 'mentah' dalam pentadbiran sebuah ne...