Pendidikan Anak-Anak - Apa Yang Kedua Ibu Bapa Ini Ajar Anak Mereka Sangat Menyedihkan
CARA PENDIDIKAN ANAK YANG KETINGGALAN ZAMAN TAPI SEMUA IBU BAPA PATUT BUAT - SAIFUL NANG Semalam saya makan di sebuah kedai berhampiran ofis. Saya jarang makan diluar tetapi jika taqwim harian terganggu dari kebiasaan, maka itu akan jadi pilihan untuk makan di luar. Bersebelahan saya ada sekeluarga bersama 2 anak. Seorang peremuan seorang lelaki. Yang sulong saya anggarkan berumur dalam 7 atau 8 tahun dan yang adiknya masih kecil. Mereka makan hanya bersebelahan meja sahaja. Selepas anak lelaki yang sulong itu selesai makan maka dia mula bermain. Ini bukan main mainan biasa, ini main sembur-sembur air liur sambil buat effect kapal terbang kejar mengejar dan tembak menembak berlaku dan bila meletup dia guna effect air liur berhamburan keluar. Kali pertama saya sabar lagi sekadar lap sahaja lengan saya dengan tisu. Saya jeling mak ayah dia perasan saya mengelap air liur yang dihamburkan oleh anaknya. Namun dengan bahagianya mereka teruskan makan tanpa m...