Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel USTAZ RIDHUAN TEE

Tulisan Ustaz Ridhuan Tee Dikritik Hebat

Bacalah tulisan Ustaz Ridhuan Tee seperti berikut sebelum Pak Lang menjawab persoalan anih yang dikemukakannya. Justeru ramai yang menghentam Ustaz ini kerana dia keliru dalam banyak perkara. Dia tidak faham tetapi cuba berbicara soal yang menjadi asas dalam perbincangan ilmu Islam. Soal selawat yang mudah pun sudah tidak tepat kefahamannya...Jadi bacalah dulu untuk mengenal pasti 'point-point' yang keliru tersebut...Seelok-eloknya berilah pandangan dan komen anda terlebih dahulu.  Selawat Nabi, bukan puja RIDHUAN TEE ABDULLAH 31 Mac 2014 SAYA ucapkan tahniah atas inisiatif menganjurkan Selawat Perdana Putrajaya, Malam Cinta ALLAH dan Cinta Rasul, dengan tema Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan, yang sedang menjelajah seluruh negara masa kini, yang dijayakan hampir seratus peratus oleh pendakwah seberang.  Saya tidak pasti sama ada ia telah menjadi ‘fenomena’ ataupun tidak di kalangan anak muda, seperti rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis. Saya juga ti...