Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PROGRAM MUSIM CUTI SEKOLAH

Mengendalikan Anak-anak Semasa Musim Cuti Panjang

Sekarang, cuti persekolahan akhir tahun untuk semua sekolah di Malaysia. Lebih 40 hari anak-anak akan berada di rumah masing-masing yang jika selama ini tinggal di asrama. Atau bagi yang berulang ke sekolah, masa penuh sepanjang hari tidak lagi sibuk dengan aktiviti belajar atau ke sekolah. Disiplin sekolah atau asrama sudah tidak lagi mengikat mereka. Samada mereka tinggal di asrama atau di rumah, suasana mereka tidak banyak berbeda. Cuma mungkin masa anak-anak tersebut - jika tidak dikawal akan banyak berada di luar rumah bersama kawan-kawan. Inilah yang merunsingkan kebanyakan ibu bapa. Anak-anak yang tinggal di asrama akan berada di rumah dengan suasana yang berbeda. Situasi asrama tentulah tidak sama dengan apa yang ada di rumah. Sistem tarbiyah dan disiplin asrama itu dikatakan berjaya jika ianya kekal di dalam diri anak-anak walaupun sudah berada di rumah. Jika ibubapa bertanggung jawab, disiplin asrama itulah juga disiplin di rumah. Suasana tarbiyah Islamiah sepatutnya ...