Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK

Azizan Abdul Razak Daripada Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.

Imej
Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Hj. Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah ke-10 Tempoh berjawat: 9 Mac 2008 – 5 Mei 2013 Raja Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Didahului oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid Digantikan oleh Dato' Paduka Mukhriz Mahathir Pesuruhjaya PAS Kedah Tempoh berjawat: 2008 – 2013 Digantikan oleh Mahfuz Omar Ahli Dewan Undangan Kedah bagi kawasan N20 Sungai Limau Tempoh berjawat: 21 Mac 2004 – 26 September 2013 Didahului oleh DUN baharu, menggantikan Sala Majoriti 2,774 (PRU-13) Ahli DUN Kedah bagi N20 Sala Tempoh berjawat: 1995 – 2004 Digantikan oleh DUN dikenali sebagai Sungai Limau Tarikh lahir 25 Oktober 1944 Tempat lahir Alor Setar , Kedah Meninggal: Alor Setar, Kedah 26 September 2013 (umur 68) Parti politik PAS Pasangan Faeqah Sheikh Hamzah Shamsiah Shafie Anak 14 anak Pekerjaan: Bekas pensyarah, Ahli politik Agama Islam Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak ( Tulisan Jawi : استاذ ...

Gambar Sekitar Pengebumian Jenazah Al Marhum Ustaz Azizan, Bekas MB Kedah !

Imej
  ALOR SETAR:   Jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang. Jenazah Allahyarham yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.  Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Azizan, 69, yang menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pukul 11.05 pagi Khamis akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah k...

Al fatihah - Tan Sri Ustaz Azizan Razak Dalam Kenangan

Imej
  Innalillahi wa Inna ilaihi Raajiun atas pemergian Tan Sri Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sepanjang hayatnya, umat menyaksikan komitmen beliau yang tinggi dalam perjuangan Islam. Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat. Pemergian beliau sebagai sahabat, guru dan pemimpin adalah satu kehilangan besar buat kita. Sama-sama kita mengambil ruh semangat YB Dato Seri Azizan yang mendedikasikan hayatnya untuk perjuangan Islam. Mudah-mudahan beliau telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Semoga segala jihadnya diterima oleh Allah SWT.   Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.   Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan ...