Mengejutkan! Ramainya Remaja Hilang dari Rumah - Lihat Statistik Kes
Statistik kes orang hilang Kes orang hilang terutamanya melibatkan gadis dilihat membimbangkan ketika ini. dari 2008 dan tahun lepas, sejumlah 7,662 orang dilaporkan hilang di seluruh negara. Daripada 1,097 yang dilaporkan hilang sejak sepanjang tahun 2011, hanya 406 sahaja berjaya ditemui semula. Purata seramai dua orang dilaporkan hilang setiap hari di seluruh negara. Daripada jumlah itu, amat mengejutkan apabila seramai 3,226 orang yang hilang adalah remaja berusia antara 14 dan 17 tahun. Hasil analisis polis mendapati punca orang hilang ini terdiri daripada 3 faktor iaitu mengikut kekasih, mencari kebebasan di luar rumah dan pengaruh rakan-rakan.Tetapi, sebahagian besar daripadanya lari mengikut kekasih. Malah, sejak 2000, purata setiap tahun dianggarkan seramai 3,310 orang hilang atau 65.9 peratus kes membabitkan golongan wanita. Bahkan tahun lalu, jumlah kes orang hilang melibatkan wanita adalah tertinggi dalam tempoh lima tahun iaitu 66.46 peratus atau 3,559 ora...