Persembahan Generasi Harapan Di Putrajaya Hari Ini - Datang Beramai-ramai!!
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!! Pada jam 2 petang hari ini (Sabtu) 9 November 2013M bersamaan 5 Muharram 1435H. Untuk Menonton Persembahan Menarik Kumpulan Generasi Harapan di Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PENTAS UTAMA - PIIACuF2013). - Lokasi utama Festival ini di hadapan Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi). Ada pemandangan tasik yang cantik dari masjid tersebut. Sila datang bersama keluarga dan kawan rakan. Ada lebih 300 tempat duduk berbumbung di hadapan pentas. Pastikan anda datang awal kerana hari ini dijangka pengunjung festival ini akan lebih ramai berganda daripada hari biasa. Dua hari lepas, Pak Lang mengunjungi PIIACuF2013 di Putrajaya. Hasrat hati memang ingin mengunjungi festival yang dikatakan berprestej itu lantaran promosi yang dijalankan dengan tema 'Dari Andalusia Ke Putrajaya'. Tajuknya menarik tetapi bagaimana ianya diterjemahkan untuk difahami pengunjung merupakan hal yang perlu...