Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HADITH PSIKOLOGI

Teknik Mendidik Gaya Nabi Muhammad Saw: Bagaimana Ia Bermula?

Imej
Ada satu kelompok profesional di Malaysia yang sudah melangkah ke depan dalam menambah-baik teknik pendidikan yang sedia ada. Mereka serius mengkaji hadith-hadith Nabi Saw. Mereka menggali rahsia psikologi yang sarat terdapat di dalam ungkapan kata -kata 'Sodiqul Masduk' (Orang bercakap benar lagi dibenarkan kata-katanya). Itulah kebesaran Nabi Muhammad Saw.  Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti kelompok ini, sila KLIK DI SINI  Mari kita lihat sejauh mana usaha ini telah dapat mereka capai......Sila baca TEKNIK NABI : BAGAIMANA IA BERMULA... Pada tahun 2010, Tuan Mohd Yusry Yusopp, yang dikenali sebagai trainer dalam bidang usrah dan permainan Islami, merangkap Editor PTS Professional bahagian Pendidikan, memperolehi ilham menulis sebuah buku berkenaan Gaya Nabi Muhammad Mengajar. Idea itu diusulkan kepada Puan Ainon Mohd selaku pengerusi kumpulan PTS Media Group. Dari situ, idea semakin berkembang dan Puan Ainon Mohd mula melantik ahli-ahli tim p...

Nabi Muhammad Menerangkan Bagaimana Orang Baik-Baik Boleh Menyebabkan Islam Dibenci Orang

Hadith 'Menolong Syaitan': Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki peminum arak dibawa ke hadapan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berkata, “Pukul dia.” Abu Hurairah melaporkan lagi, ada sebahagian orang yang ada di situ memukul lelaki itu dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar, ada yang memukul dengan baju. Apabila hukuman seslesai dijalankan, ada seseorang berkata, “Moga-moga Allah merendahkan kamu!” Mendengar kata-kata itu Nabi Muhammad berkata, “Jangan kata begitu, saudara menolong syaitan menguasai dirinya.”   - Hadith No. 2159 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan Nabi Muhammad menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan golongan orang baik-baik boleh menyebabkan Islam dibenci. Dalam hadith ini ada orang mengutuk seorang lelaki peminum arak yang sedang menjalani hukuman. Dia mengutuk dengan berkata: “Moga-moga Allah merendahkan kamu!” Nabi Muhammad menegur dengan berkata: “Janga...