Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PILIHANRAYA KECIL SG LIMAU

BN Gagal Di Sungai Limau Walau Guna Segala Kekuatannya

Imej
(Paparan ini diambil dari THE MALAYSIAN INSIDER  SILA KLIK) OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA November 04, 2013   Mohd Azam Abd Samad (tengah) berjaya kekal pengaruh PAS di DUN Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya. PAS berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samad mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu. Kegagalan BN untuk merampas kerusi ini juga menjadikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir kalah buat kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan. Sebelum ini, Mukhriz yang memimpin jentera BN di Sungai Limau gagal dalam usahanya untuk merebut salah satu kerusi naib presiden Umno apabila beliau berada di tempat keempat di be...

Jangan Mudah Percaya Keputusan Awal PRK Sg Limau

Dalam dunia remaja hari ini, ramai juga remaja yang tidak mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara. Mereka hanya leka dengan dunia mereka sendiri. Mereka hanya menumpukan perhatian pada apa yang diminati atau digemarinya. Paling ramai asyik mengulit gadget canggih, telifon bimbit, telifon pintar dan sebagainya. Tidak ramai yang tahu apa yang sedang terjadi pada dunia sekelilingnya.  Ramai yang tidak kenal pemimpin negara atau tidak ambil tahu memgenai perkembangan politik negara. Bahkan kejadian-kejadian besar di dalam negara pun mereka tidak peduli. Bila ditanya baru terpinga-pinga. Contoh paling ketara kita boleh lihat pada ramai artis di negara kita. Nyanyian, lakonan atau persembahan mereka mungkin hebat tapi bila diminta beri pandangan, mereka akan 'kantoi'!!  Jika kita dengar ulasan atau pandangan mereka mengenai sesuatu isu yang sedang diperkatakan masyarakat, kita akan dapati ceteknya pemikiran mereka. Cakap pun tidak meyakinkan apatah lagi untu...

Keghairahan Berkempen Dalam Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau - Jangan Sampai Terlupa Sedekahkan Al Fatihah Untuk Roh Ustaz Azizan...

Berbanding banyak pilihanraya kecil sebelum ini, pilihanraya kecil DUN Sungai Limau ini agak pelik dan sedikit luar biasa. Dalam pilihanraya kecil ini, nama Allahyarham Ustaz Azizan Razak, bekas ADUN kawasan itu selama lima penggal dan juga bekas Menteri Menteri Besar Kedah, begitu dijadikan sandaran untuk mendapatkan undi. Jika hanya PAS yang berbuat demikian, tidaklah terasa pelik dan luar biasa kerana Ustaz Azizan memang pemimpin parti itu, tetapi UMNO dan BN juga cuba "tumpang sekaki" mahu menggunakan nama bekas MB Kedah itu. Sebagaimana yang diakui sendiri oleh MB Kedah, Mukhriz Mahathir bahawa beliau bersama calon BN, Ahmad Suhaimi Lazim telah mengunjungi balu Allahyarham untuk memohon restu sebelum namanya diumumkan kepada orangramai pada 21 Oktober lalu. Tidak diragui bahawa barangkali ini pertama kali dalam sejarah UMNO dan BN, mereka memohon restu daripada keluarga pemimpin parti yang bakal dilawan dan dianggap musuhnya dalam pilihanraya. Meskipun kunjungan i...