Gejala Anak Lari Dari Rumah
Seorang ibu mengadu pada Pak Lang hal anak perempuannya. "Ustaz! Anak perempuan akak sudah lama tak balik rumah. Dia ikut kenalan internetnya!" "Ikut ke mana?" Tanya Pak lang "Ikut tinggal sekali di rumah budak tu" "Budak tu lelaki ke perempuan?" "Perempuan juga tapi rupa dia macam budak lelaki" "Rumah budak tu di mana? Dah pernah cari?" "Jauh nun di Sabah, Ustaz! Tak tahu nak cari di mana. telepon pun tak dijawab". Kelihatan kakak itu sugul sangat. Ketika berceritakan tentang anaknya, dia sudah mula mengalir air mata. Maklumlah anak yang disayang, sudah habis belajar di universiti, begitu pula jadinya. Nadanya bercerita, ada sedih, geram dan kesal dengan apa yang berlaku. Kalau kena pada anda, bagaimana anda menanggungnya? Pak Lang sedar, itulah masalah ramai ibubapa sekarang ini. Pak Lang kerap menerima aduan sebegini. Kes anak lari dari rumah - tak balik-balik...