Kisah Mengharukan Hati-hati Yang Cintakan Rasulullah saw. - Kisah Kewafatan Rasul Akhir Zaman!!!
Kali ini Pak Lang titipkan kisah sedih ini sebagai mengubat kerinduan kita kepada Baginda saw. Semoga Pak Lang dan para penjenguk blog ini direzekikan perasaan cinta dan rindukan Baginda Nabi yang agung ini. Semoga sampailah masanya dalam hidup ini perasaan itu wujud kerana rasa cinta dan rindukan Baginda saw sahajalah jalan keselamatan seseorang hamba. Tentulah jalannya sukar, perit dan payah kerana nafsu, syaitan dan yahudi sudah sangat menguasai hati selama puluhan tahun. Fahamilah bahawa Rasulullah saw itu masih wujud bersama kita. Baginda hadir dalam bentuk ruh menjenguk kita, menjawab selawat yang kita ungkapkan, membalas setiap kerinduan kita kepadanya. Baginda adalah seorang Nabi akhir zaman di mana sejak Baginda hidup sehinggalah ke akhir zaman, Baginda 'bekerja' sepanjang masa demi memastikan Islam yang dipelihara zaman berzaman akan kembali menjadi empayar di akhir zaman. Baginda Rasulullah saw mempunyai wakil-wakil serta para pewaris tugas Baginda di kalang...