Social Icons

Isnin, 4 Mac 2013

Perkuburan Syara'iek Di Tanah Haram

Berikut Pak Lang paparkan ambilan dari blog Ustaz Muhammad Al Amin. Ianya membantu kita memahami kaedah pengkebumian jenazah di tanah perkuburan ini bahkan di negara-negara timur tengah lainnya. 

Sila layari https://www.blogger.com ATAU KLIK DI SINI

 
 
Diari 198 – Perkuburan Syara’ik


Hari ini 3 April 2010, selepas jamuan di Hotel Hj. Arshad, anak-anak al-Ijabah akan di dedahkan dengan penghantaran mayat dari Masjidil Haram ke kubur.

Ada dua tanah perkuburan yang besar di sini, iaitu Ma’la dan Syara’ik. Hari ini, kami pergi ke Syara’ik



Semua anak-anak Ijabah bersolat asar di Masjdil Haram. Setelah solat Asar, kami menunggu untuk solat jenazah.



Tamat sahaja solat jenazah, kami terus ke tempat van jenazah. Di sini biasanya akan disediakan dua buah coaster untuk membawa sesiapa yang ingin menghantar jenazah ke tanah perkuburan



Ada tabung khairat kematian di dalam coaster ini.



van jenazah dan coaster memecut laju ke tanah perkuburan. Tanah perkuburan Syara’ik agak jauh, lebih kurang 40 minit perjalanan dari Masjdil Haram



Tanah perkuburan Syara’ik



Untuk naik ke tanah perkuburan, tidak dibenarkan memakai kasut. Sesampai sahaja di tanah perkuburan ini, bau mayat telah dapat dihidu. Saya yang biasa bau mayat dapat mengesan bau ini dengan cepat. Ia seperti bau bangkai ayam tapi lebih menusuk lagi…



Tanah perkuburan di sini telah siap dibina. Ia seperti kubur Islam di negeri China. Sesiapa nak membacanya boleh melawat entri di bawah.

http://www.ustazamin.com/2010/01/diari-150-khutbah-jenazah.html

http://www.ustazamin.com/2010/01/diari-151-pengebumian.html

http://www.ustazamin.com/2010/01/diari-152-apa-orang-china-muslim-di.html



Ia adalah satu lubang konkrit yang telah dibina sedalam 8 kaki. Hanya ada dua penutup bagi satu-satu lubang kubur.



Akan ada tiga orang yang menunggu di bawah dan mayat akan dimasukkan



Sarung mayat berwarna coklat akan dibukan dan tinggal kain kafan sahaja.



Urusan dibuat dengan pantas sekali



Selepas itu, akan dihulurkan tangga untuk orang dibawah naik.



Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali, di mana dan bila, kita tak tahu, yang boleh diusahakan ialah bagaimana kita mati, di dalam keadaan diredhai atau tidak…



2 penutup konkrit akan diletakkan di atas pintu kubur



Kemudian mereka akan menutup pintu konkrit itu dengan rumput kering.



Rumput kering akan diratakan di atas kubur



Selepas itu, beberapa baldi air akan dituangkan pada tanah kubur untuk menjadikan tanah kubur itu mampat.



Setelah itu, barulah tanah itu diratakan atas kubur. Tanah yang digunakan untuk menutup kubur itu satu kaki lebih sahaja. Kalau nak dikira, memang senang nak buka balik kubur ni. Oleh kerana timbusan tanah tidak berapa banyak, maka, perkuburan di sini agak berbau



Kenangan anak-anak Ijabah di perkuburan Syara’ik



Papan tanda doa di tanah kubur



Sehebat mana kita, ditinggalkan sendirian untuk menghadap Allah



Bersama pemandu coaster ke tanah perkuburan

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

19 Rabiul Akhir 1431/4 April 2010 jam 3.00 petang

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text