Social Icons

Rabu, 13 Mac 2013

Ramai Wanita Masuk Neraka Kerana Derhaka Dengan Suami


Seorang ibu separuh umur mendatangi Pak Lang ketika selesai majlis tahlil yang diadakan di (model) Perkampungan Rasulullah iaitu di Chalet Nur Muhammad Mekah. Di satu ruang yang agak selesa, si ibu bercerita, "Ustaz! Saya ada seorang kawan yang meminta tanyakan satu masalah dia kepada Ustaz."

"Masalah apa? Ceritalah! Kalau mampu saya jawab, saya akan jelaskan."

Ibu ini memandang orang yang lalu lalang di sekitar kami dan memperlahankan suaranya, "Kawan saya ni sangat sedih sebab dia rasa bersalah dengan suaminya. Tadi Ustaz cakap tentang dosa para isteri yang tidak pedulikan suami, dia terasa dirinya sangat bersalah dengan suaminya. Malangnya dia tidak dapat meminta ampun kerana si suami sudah meninggal dunia."


"Apa kesalahan si isteri itu dengan suaminya? Tanya Pak Lang meminta penjelasan.

"Sebenarnya suaminya sakit lumpuh. Dia terpaksa bekerja untuk menyara keluarga. Dia akhirnya tergoda dengan lelaki lain dan 'menduakan' suaminya......!!" Si ibu ini sudah menangis. Air mukanya sedari awal memang sedang sebak, menahan tangis dan air mata dari terkeluar. Apabila sampai pada perkataan "menduakan suami" ini, tangisannya pun pecah tersedu-sedu. Hati kecil saya sudah mengagak, kawan yang dimaksudkan itu adalah dirinya sendiri. 

Kasihan Pak Lang mendengarnya. Demikianlah mudahnya seseorang manusia biasa terjerumus dalam noda. Apabila kesedaran datang dan ingin kembali beragama, tentulah yang pertama dilakukan ialah bertaubat. Taubat dengan Allah tetapi kesalahan dengan sesama manusia terutama suami mestilah datang mengadapnya dan meminta ampun darinya. Malangnya si isteri ini kerana si suami sudah meninggal dunia. Bagaimana mahu meminta ampun pada suaminya itu. Dia takut amalannya tertolak. 

Pak Lang hanya mampu berusaha meyakinkannya bahawa Tuhan itu maha pengampun. Dia mengangguk-nganggukkan kepalanya. Setuju tapi masih bertanya, "Adakah amalannya diterima Tuhan Ustaz?" 

Pak Lang pun jelaskanlah, "Persoalan itu kenalah diserahkan kepada Tuhan, Itu adalah hak Allah.  Sebagai hamba kita kena bersangka baik dengan Tuhan. Semua amalan kita, kita tidak boleh memaksa Tuhan menerimanya. Cuma berdoa dan berharaplah moga-moga ianya diterima sebagai amal kebaikan." 

"Apa yang penting dilakukan ialah bertaubat dengan taubat nasuha dengan sesungguh-sungguh hati. Bahkan inilah amalan nya yang utama. Sekiranya taubat tidak diterima, amalan lain menjadi tidak bernilai apa-apa. Taubat dengan hati yang benar-benar menyesal, mengaku bersalah dan memohon keampunan dariNya mestilah dilakukan secara berterusan.Setelah itu dirikanlah sembahyang fardhu dengan khusyuk. Semoga rasa takut dan cemas mengenangkan dosa menjadikan sembahyang bertambah khusyuk"

"Terhadap suami, tiadalah lagi dapat meminta ampun darinya. Apa yang boleh dibuat ialah banyakkan hadiah pahala apa jua amal kebaikan kepadanya. Bacalah Quran, berzikir, berwirid, berselawat, bersedekah dan beramal apa saja maka niatkanlah menghadiahkan pahala amalan tersebut - jika ada di sisi Tuhan - kepada aruah suami yang kita bersalah dengannya. Itulah habuan dan harapan keselamatan kita diakhirat nanti - dengan harapan si suami tidak menuntut apa-apa lagi dari isterinya kerana semuanya telah dimaafkan." 

Pak Lang akhiri nasihat Pak Lang padanya dengan berkata, "Suruhlah kawan itu bercakap-cakap dengan ruh suaminya. Meminta ampunlah kepadanya secara interaksi ruh. Semoga di alam sana dia mengampunkan isterinya." Kemudian Pak Lang pesan lagi supaya dia banyakkan bersedekah dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk aruah suaminya. Sedekah menajamkan doa dan munajat kita kepada Allah iaitu doa kita lebih mustajab jika diiringi dengan sedekah. 

Ibu tersebut hanya mengesat airmata kesedihan. Kepiluannya terasa. Penyesalannya dan tanggungan dosa yang dipikulnya kelihatan sudah bertahun-tahun membebani dirinya. Pak Lang lihat awalnya tadi wajahnya gelap kerana kesan rasa bersalah yang dihadapinya. Semoga panduan yang diberikan dapat membantunya. Diwajahnya, kelihatan sinar harapan sudah mula memasuki bilik-bilik hatinya.

Itulah yang termampu Pak Lang nyatakan kepada ibu tersebut
Semoga Tuhan mengampunkannya, semoga suaminya meredhainya di alam sana.  




RSA dan BWasilah ar selamatkan kami....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text