Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Kisah Benar - Azab Anak Derhaka Menempuh Sakaratul Maut

Imej
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. “Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.” Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya...

Betulkah Kita Wajib Mempunyai Rasa Hamba Di Hati

Rasa hamba? Macam baru dengar saja istilah ni!!  Nak rasa kat mana? Macamana nak buat rasa-rasa ni? Kenapa kena ada rasa hamba?  Kenapa hendak hinakan diri pulak? Bukankah Allah telah muliakan anak Adam? Kena hinakan diri sendiri?  Macam hamba abdi ke? Ya demikianlah persoalan bagi sebahagian orang yang jahil. Tidak tahu tapi tak mahu belajar! Tak reti tetapi sombong nak mengaku. Islam ini agama dari Allah yang disampaikan kepada kita oleh seorang Rasul yang luar biasa peribadinya. Rasul ini mengajar kita supaya kekal mempunyai rasa hati seorang hamba yang hina. Rasul tak ajar kita sombong dan ego. Rasul mengajak kita kepada merendah diri, mengaku kita bersalah dan rasakan kita hina kerana pada diri masing-masing ada tempelan dosa yang menjijikkan. Tetapi hari ini tidak ramai yang tahu nak mengajar cara menghina diri depan Allah dan merendah diri di depan sesama manusia. Hanya Rasul dan para kekasih Allah sahaja yang tahu melakukan teknik membina rasa ...

Kisah Kak Lina Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Jana Pendapatan RM3500 Sebulan

Imej
Pada asalnya wanita yang dikenali sebagai Kak Lina ini hanya bekerja makan gaji tetapi mengambil keputusan berani hanya menjual nasi lemak ditepi jalan. Seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan tempat perniagaan Kak Lina ini berkongsi kisah bagaimana dia boleh menjana pendapat sehingga RM3500 sebulan! Alahai, yang peliknya ia bukan masakan daripada air tangan Kak Lina sendiri. Nak tahu macam mana? Jom kita ikuti kisah ini. Hanya Bekerja 5 Jam Sehari KISAH KAK LINA. Berpendapatan RM3500 sebulan tanpa masak nasi lemak! Hanya bekerja 5 jam sehari. Kak lina berniaga nasi lemak di depan rumah saya hampir 5 tahun lalu. Dia pernah bekerja makan gaji tetapi sekarang dia mengambil keputusan berani menjual nasi di tepi jalan. Yang bestnya, nasi lemak dan segala mala lauk yang diniagakan adalah bukan dimasak sendiri. Rupa rupanya, dia mengambil semua dari kakaknya yang mempunyai warung nasi lemak. Kuih muih diambil daripada homebaker. Siapa kata na...