Social Icons

Rabu, 19 Ogos 2015

Kisah Kak Lina Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Jana Pendapatan RM3500 Sebulan

Pada asalnya wanita yang dikenali sebagai Kak Lina ini hanya bekerja makan gaji tetapi mengambil keputusan berani hanya menjual nasi lemak ditepi jalan.

Seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan tempat perniagaan Kak Lina ini berkongsi kisah bagaimana dia boleh menjana pendapat sehingga RM3500 sebulan! Alahai, yang peliknya ia bukan masakan daripada air tangan Kak Lina sendiri.

Nak tahu macam mana? Jom kita ikuti kisah ini.

Hanya Bekerja 5 Jam Sehari

KISAH KAK LINA.


Berpendapatan RM3500 sebulan tanpa masak nasi lemak! Hanya bekerja 5 jam sehari.

Kak lina berniaga nasi lemak di depan rumah saya hampir 5 tahun lalu.

Dia pernah bekerja makan gaji tetapi sekarang dia mengambil keputusan berani menjual nasi di tepi jalan. Yang bestnya, nasi lemak dan segala mala lauk yang diniagakan adalah bukan dimasak sendiri.

Rupa rupanya, dia mengambil semua dari kakaknya yang mempunyai warung nasi lemak. Kuih muih diambil daripada homebaker.

Siapa kata nak berniaga kena buat sendiri produk ?

Adakah saya buat sendiri semua produk di kedai saya ? Giant, Tesco, dan Aeon antara syarikat konglomerat yang kaya raya dengan hanya menjual produk orang lain.

Kita yang baru nak mula bisnes, mula kecil kecil dahulu. Impian biar besar. Nanti bisnes kita akan besar macam impian kita.

Puan guru pesan, kajian psikologi ke atas mereka yang berjaya adalah mereka yang memang kuat berangan dan kuat berusaha.

Amazing Ayu Food memang mempunyai hala tuju untuk memasarkan produk produk usahawan dari seluruh negeri untuk pasaran di Lembah Klang dalam pelan jangka pendek.

Dalam pelan jangka panjang mestilah ke peringkat global. Itulah salah satu sebab anak anak dimasukkan ke sekolah cina. Teringat kata kata orang lama, tuntutlah ilmu sampai ke negara China.

Sumber: Rafiza Idayu Kredit: OhBulan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text