MUHAMMAD AL-FATIH
Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada 30 Mac 1932 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Bapa baginda adalah Sultan Murad II (1404–51) ibu baginda Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uyhmanidalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Bginda mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sanis, matematik dan menguasai enam bahasa ( bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin ) pada ketika berumur 21 tahun. Malah, pada usia tersebut juga baginda menakluk Constantinople yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantie.Baginda merupakan seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi(pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Moggol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W
"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera"
KELEBIHAN MUHAMMAD AL-FATIH MENGIKUT SEJARAH
Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah . Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
JASA DAN SUMBANGAN
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul . Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
RENTETAN PENAKLUKAN CONSTANTINOPLE
Jihad untuk menawan Constantinople
Semangat membara umat Islam untuk menguasai Constantinople berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan ketika Perang Khandak . Sabda baginda SAW: ”Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.
Pada awal kurun ke-14M, Empayar Uthmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Usaha awal dilakukan oleh Sultan Yildrim Beyazid yang berjaya mengepung kota itu pada tahun 1393M. Akan tetapi, usahanya terbantut dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Monggol di bawah pimpinan Timurlane telah menyerang Empayar Uthmaniyyah. Ini memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam perang dengan Mongol yang dikenali Perang Ankara, baginda telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan usaha untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika.
Cubaan Sultan Murad II
Sultan Murad II (1421-1451M) meneruskan usaha untuk menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk memecah belahkan tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad II atau dikenali dengan nama Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Empayar Uthmaniyyah.
Persiapan Sultan Muhammad al-Fatih
Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan rapi untuk menawan Costantinople. Baginda telah mengumpul kira-kira 250,000 tentera yang bersemangat dan cukup latihan. Baginda juga telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.
Sultan Muhammad Al-Fatih juga mendapat khidmat pakar membina meriam. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur dan terbesar di zaman berkenaan. Baginda juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Hungary , Venice dan Galata yang berjiran dengan Byzantine.
Dalam pada masa yang sama, Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Baginda memohon pertolongan dari gereja Katholik , sedangkan ketika itu kerajaan Constantinople bermazhab Ortodoks . Demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine bersetuju untuk menukar mazhab untuk menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Baginda berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan kesediaan Byzantine tunduk kepada Eropah Barat yang bermazhab Katholik. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Ortodoks.
Serangan
Costantinople dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Lauan Tanjung Emas, Marmara dan Perair yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
Serangan Sultan Muhammad bermula pada 6 April 1453 . Baginda dengan bijak menyusun strategi mengepung Constantinople sambil menghalakan Meriam Diraja ke pintu kota. Kapal-kapal laut diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople tetapi tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.
Jatuhnya Constantinople
Tentera Byzantine berusaha keras menghalang tentera Uthmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut.
Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas yang dikawal dengan rantai raksasa. Baginda telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Uthmaniyyah telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai.
Akhirnya pada 29 Mei, Constanstinople berjaya ditundukkan. Maharaja Constantine X1 mati bersama penyokong baginda dareni Genoa dan penduduk kota. Muhammad II dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih atau di barat sebagai Muhammad si Penakluk.
Kesan peristiwa
Kehilangan Constantinople memberi tamparan hebat kepada kerajaan Kristian barat. Seruan Paus untuk melancarkan perang balas sebagai Perang Salib tidak diendahkan oleh raja-raja Eropah. Ini menyebabkan paus sendiri pergi untuk berperang tetapi kematian awal paus melenyapkan harapan serangan balas.
Muhammad al-Fatih mendapat sebuah kota yang agung walaupun dalam keadaan teruk kerana perang yang berlanjutan. Constantinople membolehkan bangsa Turki mengukuhkan kedudukan mereka di Eropah serta meluaskan wilayah mereka ke Balkan dan Mediterranean.
Selain faedah ketenteraan, kota itu juga memberi faedah ekonomi melalui perdagangan rempah. Bangsa Eropah terus berdagang di Constantinople sehingga abad ke-16 apabila harga yang tinggi memaksa mereka mencari alternatif lain. Bangsa Eropah seperti Portugal, Sepanyol dan belanda mula belayar ke India dan Asia untuk mencari bekalan rempah yang lebih murah. Malah, Christopher Columbus juga menjumpai dunia baru apabila bangsa Eropah mula memberanikan diri belayar jauh untuk menjalankan perdagangan.
Sumber: www.wikipedia.com CAWA
0 ulasan:
Catat Ulasan