Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Kerosakan Buah Pinggang

Geemagic: 11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang ■Kerap tahan kencing ■Kurang minum air ■Suka makan makanan masin ■Suka minum minuman bergas. ■Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna. ■Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid) ■Kerap makan Pil Tahan Sakit ■Merokok ■Obesiti ■Alkohol ■Penyakit Darah Tinggi dan   Kencing Manis yang Tidak terkawal.. Buah Pinggang Kita. Amanah Allah..  Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri? Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sbg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm tentu 100% steril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup.  Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt myebabkan penykit buah pinggang. Subhanallah, setiap perintah & larangn Rasulullah sa...

Isu Riwayat Kewafatan Nabi SAW Menyebut Perkataan Ummati Ummati

Terlalu berlebihan mempermasalahkan kisah kewafatan Nabi SAW yang mengucapkan ummati, ummati. Seandainya tidak ada riwayat sahihnya tentang ucapan ini ketika menjelang wafat beliau, maka sungguh kehidupan beliau mulai sejak diutus menjadi Rasul hingga akhir hidup  Baginda  bahkan kelak di hari kiamat, beliau sangat khuatir dan sangat memperdulikan umatnya. Bukankah Allah sendiri telah mensifati Nabi Muhammad dengan Harisun ‘alaikum bil mukminiina Ra'ufun Rahiim?? Tidakkah kamu merenungi ucapan yang menggetarkan hati dan jiwa yang membaca ucapan itu?? Mari kita renungi firman Allah Ta’ala berikut ini : لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ “Sungguh telah datang padamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, dia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman“. (QS:...

Ibadah Korban - Upah Penyembelih

Upah Penyembelih dan Petugas Korban عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا Dari Ali ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." HR Muslim No : 2320 (Status : Hadis Sahih) Pengajaran: 1.  Daging serta apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin. 2.  Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk memb...

Surat Terakhir Seorang Banduan Kepada Ibunya

IBU…, Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani. INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah. INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya. INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah. IBU… KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak. KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk b...

Untung Ramainya Anak!!!

Semalam saya berkesempatan menghadiri majlis pengkebumian datuk saudara sebelah ayah di Taiping, Perak..kami sampai betul2 waktu keranda jenazah sedang diusung ke Tanah Perkuburan..kebetulan rumah Allahyarham tak jauh dari tanah perkuburan jadi kerandanya dipikul oleh anak2 dan cucu lelakinya yang sememangnya ramai.. . Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang saya rasa dan saya lihat..sy akui sy menagis smlm bukan sbb terlalu sedih meratapi pemergiannya..tp sayu melihat betapa bertuahnya Allahyarham berbanding sy dan kita semua..Allahyarham punya 6 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan..bilangan yang agak besar bg kita.. . Ada org takut beranak ramai, banyak kali sy dgr kononnya biar kuantiti sikit tapi berkualiti..tp apa yang sy lihat semalam mengubah 360° pemikiran sy sebelum ini..bayangkan bukan setakat urusan memandi, mengkafan, mengimamkan solat jenazah si ayah..malah menurunkan ke liang lahat hatta talkin juga dibaca oleh anak Allahyarham sendiri..mereka seolah tahu perana...