Social Icons

Sabtu, 24 September 2016

Isu Riwayat Kewafatan Nabi SAW Menyebut Perkataan Ummati Ummati

Terlalu berlebihan mempermasalahkan kisah kewafatan Nabi SAW yang mengucapkan ummati, ummati. Seandainya tidak ada riwayat sahihnya tentang ucapan ini ketika menjelang wafat beliau, maka sungguh kehidupan beliau mulai sejak diutus menjadi Rasul hingga akhir hidup Baginda bahkan kelak di hari kiamat, beliau sangat khuatir dan sangat memperdulikan umatnya.

Bukankah Allah sendiri telah mensifati Nabi Muhammad dengan Harisun ‘alaikum bil mukminiina Ra'ufun Rahiim?? Tidakkah kamu merenungi ucapan yang menggetarkan hati dan jiwa yang membaca ucapan itu??

Mari kita renungi firman Allah Ta’ala berikut ini :

لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Sungguh telah datang padamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, dia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman“. (QS: at-Taubah: 128)

Ibnu Kasir mengomentari ayat ini :
وقوله: { عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ } أي: يعز عليه الشيء الذي يعنت أمته ويشق عليها، { حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ } أي: على 
هدايتكم ووصول النفع الدنيوي والأخروي إليكم

“Ucapan, {berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami}, Nabi SAW begitu merasakan berat (susah) dengan kesusahan yang dialami umatnya. (dia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu), maksudnya sangat menginginkan kalian mendapat petunjuk dan mendapatkan manfaat di dunia maupun di akhirat “.

Ayat ini sudah cukup menunjukkan bahawa Nabi SAW begitu merasakan khuatir dan peduli dengan umatnya sepanjang hidup Baginda bahkan kelak ketika di Mahsyar, Nabi  SAW pun akan sangat berusaha keras untuk menyelamatkan umat Baginda dari neraka. Untuk apa mereka mempermasalahkan riwayat “ummati, ummati“ ketika menjelang kewafatan Baginda? Tidakkah mereka percaya bahawa Nabi SAW begitu mengambil berat dan sangat bimbang atas nasib umatnya?? Bukankah nasihat mengenai solat di akhir usia Baginda juga menunjukkan betapa bimbangnya Baginda atas umatnya agar tidak meninggalkan solat, supaya umatnya bahagia dunia dan akhirat?? Ayat di atas sudah cukup menjelaskan sifat mulia Nabi dan kebimbangan Nabi SAW atas umatnya sepanjang hidup Baginda.

Hadis:
أنه صلى الله عليه وسلم قال لجبريل عند موته " من لأمتي بعدي " فأوحى الله تعالى إلى جبريل أن بشر حبيبي إني لا أخذله في أمته ، وبشره بأنه أسرع الناس خروجا من الأرض إذا بعثوا ، وسيدهم إذا جمعوا وأن الجنة محرمة على الأمم حتى تدخلها أمته . فقال " الآن قرت عيني

“Sesungguhnya Nabi bertanya kepada Jibril, “Siapa yang memperhatikan umatku setelah wafatku?“, maka Allah mewahyukan kepada Jibril untuk memberikan khabar gembira bahawa AKU (Allah) tidak akan melalaikan umatnya, dan berikan khabar padanya bahawa ia (Nabi) adalah manusia pertama (paling cepat) keluarnya dari kubur ketika hari kebangkitan dan pemimpin mereka di hari Mahsyar, dan sesungguhnya syurga itu haram atas umat-umat lainnya sebelum umat Muhammad memasukinya terlebih dahulu “, maka Nabi berkata, “Sekarang aku sudah tenang“. (HR. Ath-Thabrani)

Hadis ini memang sanadnya dhaif, namun hadis dhaif bukanlah hadis maudhu’ yang boleh dibuang begitu sahaja. Kerana adanya kecacatan perawinya yang tidaklah terlalu serius kecacatannya. Hadis ini pun boleh diamalkan dalam bab manaqib (kisah-kisah) sesuai pendapat jumhur ulama ahli hadis.

Dan tidak ada satupun ulama ahli hadis terdahulu yang menghukumkan hadits ini maudhu’. Oleh sebab itu al-Hafidz al-Iraqi mengatakan bahawa sanad ini dhaif.

Hadis di atas pun memiliki banyak syawahidnya diantaranya hadis :

إن الجنة حرمت على الأنبياء كلهم حتى أدخلها، وحرمت على الأمم حتى تدخلها أمتي

Hadits ini diriwayatkan Ibnu Adi dan ini dihukumi gharib oleh ad-Daraquthni, sedangkan Albani menghukuminya hadits mungkar. Juga hadis berikut ini :

أنا أول الناس خروجاً إذا بعثوا، وأنا خطيبهم إذا أنصتوا، وقائدهم إذا وفدوا، وشافعهم إذا حبسوا، وأنا مبشرهم إذا يئسوا، لواء الحمد بيدي، ومفاتح الجنة يومئذ بيدي، وأنا أكرم ولد آدم يومئذ على ربي ولا فخر, يطوف علي ألف خادم كأنهم اللؤلؤ المكنون

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi yang beliau mengatakan: Ini Hadis Hasan Gharib.

Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawasanya Sayyidina Ali berkata :

ان رسول الله صلى الله عليه وسلم في آخر نفسه حرك شفتيه مرتين فالقيت سمعي يقول خفية امتي امتي فقبض 
رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثتثن من شهر ربيع الاول

“Sesungguhnya Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam di akhir hidup Baginda menggerakkan kedua bibirnya dua kali, lalu aku mendekatkan telingaku dan aku mendengar Nabi mengucapkan “Ummatku, ummatku“ secara perlahan, lalu wafatlah Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam di hari Isnin bulan Rabi’ul Awwal “.

Dalam hadis sahih disebutkan bahawa ketika Nabi SAW selesai membaca surah Ibrahim ayat 36 dan surah al-Maidah ayat 118, maka Nabi SAW mengangkat kedua tangan Baginda dan mengucapkan :

اللهم أمَّتِي أمّتِي، وبكى فقال الله -عز وجل-: "يا جبريل، اذهب إلى محمد -وربك أعلم- فَسَلْه: ما يبكيك؟"، فأتاه جبريل فسأله، فأخبره رسول الله -صلى الله عليه وسلم- بما قال-وهو أعلم- فقال الله: "يا جبريل، اذهب إلى محمد فقل: إنا سنرضيك في أمتك ولا نسوءك

“Ya Allah, umatku, umatku..dan Nabi menangis. Maka Allah berkata, “Wahai Jibril, pergilah kepada Muhammad – Dan Tuhanmu Maha Mengetahui – dan tanyakan padanya apa yang menyebabkannya menangis? maka Jibril mendatanginya dan menanyakannya, maka Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan apa yang telah diceritakan, maka Allah menjawab : “ Wahai Jibril, pergilah kepada Muhammad dan katakanlah, “ Sesungguhnya Kami akan meridhai umatmu, dan tidak akan berbuat buruk pada umatmu “. (HR. Muslim)

Perhatikan hadits sahih ini, sangat menunjukkan bahawa Nabi sallahu ‘alaihi wa sallam begitu cinta dan perhatiannya kepada umatnya, Baginda tidak rela umatnya celaka di dunia mahupun di akhirat kelak. Beliau menyebut “ ummati “ dua kali. Renungi, dan resapi seruan dan doa Nabi tersebut dalam diri kita, bayangkan Baginda menyebut nama kita dua kali….tidakkah engkau merasakan seruan lisan mulia seorang Nabi yang berdoa dan memohon kepada Allah agar kita sebagai umatnya diselamatkan dari neraka Allah?? sungguh kita khuatir mereka yang mempermasalahkan riwayat “ummati, ummati“ menjelang kewafatan Nabi, dicabut rasa cinta dan rindunya kepada Nabi, Allahumma nas’alukal ‘afwa wal ‘afiyah…

Ditulis Oleh: Ustazah Shofiyyah An-Nuuriyah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text