Semalam saya berkesempatan menghadiri majlis pengkebumian datuk saudara sebelah ayah di Taiping, Perak..kami sampai betul2 waktu keranda jenazah sedang diusung ke Tanah Perkuburan..kebetulan rumah Allahyarham tak jauh dari tanah perkuburan jadi kerandanya dipikul oleh anak2 dan cucu lelakinya yang sememangnya ramai..
.
Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang saya rasa dan saya lihat..sy akui sy menagis smlm bukan sbb terlalu sedih meratapi pemergiannya..tp sayu melihat betapa bertuahnya Allahyarham berbanding sy dan kita semua..Allahyarham punya 6 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan..bilangan yang agak besar bg kita..
.
Ada org takut beranak ramai, banyak kali sy dgr kononnya biar kuantiti sikit tapi berkualiti..tp apa yang sy lihat semalam mengubah 360° pemikiran sy sebelum ini..bayangkan bukan setakat urusan memandi, mengkafan, mengimamkan solat jenazah si ayah..malah menurunkan ke liang lahat hatta talkin juga dibaca oleh anak Allahyarham sendiri..mereka seolah tahu peranan masing2..sambil sebahagian anak dan cucu menguruskan pengkebumian, beberapa anak sempat bertahlil sementara jenazah ayahnda mereka selamat dikebumikan..
.
Usai jenazah ditanam, anak yg bertahlil berhenti dan salah seorang anak pula mengambil alih membaca talkin..bayangkan talkin di baca dgn menyebut "Wahai ayahku ....." keadaan hiba bila kesemua 6 orang anak lelaki Allahyarham menitis air mata waktu bacaan doa dibacakan..sy dapat rasakan betapa tersenyumnya roh Allahyarham bila melihat kesemua urusan di pengakhiran perjalanan hidupnya dilakukan oleh darah dagingnya..
.
Benarlah jika anak dibesarkan dengan agama..segalanya sangat sempurna..mereka bukan sahaja berjaya dari segi akademik tapi juga sahsiah dan ilmu akhirat..betapa saya teringin dan sy harap semua yang membaca kisah ini juga teringin melalui pengalaman ini..
.
Sekarang sy lebih faham kenapa Islam menyebut 3 amalan yang dibawa selepas mati selain SEDEKAH JARIAH dan ILMU YANG BERMANFAAT adalah DOA ANAK YANG SOLEH..kerana 3 perkara ini lah yang sepatutnya kita jadikan panduan dalam kehidupan sebagai seorang yang bergelar ayah dan ibu..
.
Hanya jika kita berjaya menjadikan anak2 kita anak yang soleh sahaja yang mampu menyampaikan amalan dan doa sebagai bekalan pencen kubur kita di sana..bukan anak yang berjaya di dunia sahaja tp dgn ayah ibu sendiri mereka tak mampu hormati apa lagi punya sahsiah yang baik..
.
Kita masih mampu mengubah untuk jadi ibubapa yang baik dan berusaha menjadi anak yang baik dan soleh untuk ayah dan ibu kita..selagi Allah masih sudi pinjamkan nikmat untuk kita bernafas dan meneruskan hidup..moga Allah merahmati hidup kita semua..in sya Allah..
0 ulasan:
Catat Ulasan