1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al
Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab
adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat
tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al
Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang
mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga
mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali,
Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal
imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang
dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang
pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya
hanya tertumpu di alam malaikat saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al
Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada
empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota
Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan
bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang
mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada
tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt
untuk menjaga suatu wilayah di
bumi ini. Dikatakan di bumi ini
mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali
Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada
seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali
Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia
menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: “Para wali Abdal mendapatkan darjat
tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam
hari, suka diam dan mengasingkan diri”.
5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal
Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap
masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba’ itu diberi karamah mengerti
sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi
pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya
mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas
jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau
ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas
jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang
waliNya?
6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal
Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu
disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai.
Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali
Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang
wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih
dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal
Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu
orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka
kedudukannya akan di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin
Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh
sabda Nabi:
“Setiap Nabi mempunyai Hawariy.
Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”.
Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak
sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw
berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat
wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan
pandai berhujjah.
0 ulasan:
Catat Ulasan