Social Icons

Khamis, 26 Januari 2017

Takut Tuhan Rindu Rasul (TTRR)

Ramai usahawan bertanya pada Pak Lang di mana boleh dapatkan remaja untuk bekerja dengan syarikat mereka seperti yang berlaku di dalam GISB Holdings. Mereka melihat GISBH mempunyai pekerja berusia remaja yang begitu ramai. Hampir 90% tenaga kerja GISBH adalah remaja. Pergilah ke mana sahaja, wajah-wajah polos remaja inilah yang akan ditemui.

Susah juga hendak menjawabnya! Bagi para usahawan, keperluan tenaga kerja adalah suatu yang tidak dapat tidak. Ianya amat kritikal terutama bagi usahawan yang mengendalikan 'home industri' dan peruncitan. Bukan mudah hendak mencari yang jujur.

Kenapa mereka mencari-cari pekerja sedangkan untuk mendapatkan pekerja tidaklah sukar? Yang mencari pekerjaan memang ramai. tetapi mencari pekerja yang jujur dan berkualiti sangatlah susah. Ibarat mencari gagak putih?

Pekerja yang datang dan pergi mempunyai nilai yang lebih kurang sama. Sebab itu mereka tidak lama dalam sesebuah syarikat. Kalau bermasalah, syarikat terpaksa membuang mereka. kalau sudah ada kontrak kerja, tiba-tiba baru nampak masalah, sudah sulit hendak menyingkirkan mereka dari syarikat.

Nilai pekerja bermasalah biasanya dilihat dari segi prestasi kerja. Apa yang berlaku rata-rata pekerja suka curi tulang. kalau bos tidak ada, berleluasalah hal ini berlaku. Pasanglah CCTV dan lain-lain prosedur pemantauan, culas, malas dan tidak bertanggung jawab tetap berlaku. Inilah yang berlaku di mana-mana.

GISB Holdings mempunyai hampir 4 ribu orang warga kerja. Ada lebih 110 buah restoran di seluruh dunia. Jumlah projek sahaja pun melebihi 800 unit dalam pelbagai bidang perniagaan dan perkhidmatan. Ianya meliputi pasaraya, pasar basah, bakeri dan pastri, butik pakaian, homestay dan penginapan, pengangkutan, pelancongan, perkhidmatan rawatan kesihatan, pertanian, perladangan, penternakan, perkilangan, industri kecil dan sederhana, bengkel besi, pembinaan, rekaan dalaman, pengubahsuaian rumah atau pejabat atau bangunan dan sebagainya. Semuanya wujud bertebaran di seluruh dunia.

Semua yang tersebut adalah rangkaian perniagaan dan perkhidmatan GISB Holdings yang masih terus diusahakan agar ianya dapat menampung keperluan masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama di mana-mana sahaja. 

Soalnya bagaimana GISB Holdings mengendalikan warga kerja yang begitu ramai tanpa berdepan dengan masalah seperti syarikat lain?

Memang ada usahawan yang menggunakan teknologi CCTV untuk memantau tingkah laku pekerja dan perjalanan perniagaannya terutama ketika dia tiada di premis perniagaannya. Tetapi manusia tetaplah manusia. kecerdikan dan kepintaran biasanya digunakan untuk membuat yang salah. Jadilah CCTV juga gagal menyekat ketidakjujuran pekerja. 

Warga kerja GISB Holdings tetap sama - perlukan pemantauan. tetapi pemantau yang ada tidak lain tidak bukan ialah hati yang ada rasa takut setakut-takutnya dengan Tuhan dan rindu serindu-rindunya dengan Nabi. Inilah yang di katakan CCTV Rasa Hati TTRR (Takut Tuhan Rindu Rasul).  CCTV Rasa Hati TTRR.

Rasa TTRR inilah yang sentiasa ditanam dan disuburkan dalam hati semua staf. Semakin kuat rasa ini wujud, semakin mencurah-curah bantuan Allah kepada syarikat. Semakin kuat rasa hati sebegini berlaku di kalangan staf, semakin dipermudahkan segala urusan, semakin berkurangan masalah dan kesulitan dan semakin bertambah meningkat prestasi syarikat secara drastik dan berkembang secara berterusan. 

Inilah rahsia bagaimana GISB Holdings mengembangkan skala perniagaan dan perkhidmatannya. 

Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima cabaran debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda mesti menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci syurga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,:

‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Muhasabah - Taubatlah Serta Merta Dan Sentiasa

Mati tak kira tua tak kira muda. Tak kira sakit tak kira sihat. Kita akan mati bila2 masa, entah bila, entah dimana, entah bagaimana. Mungkin dalam kemalangan jalan raya, dalam kebakaran, dalam banjir, tanah runtuh, dalam ribut-taufan  atau diserang penyakit tiba2 seperti serangan jantung, denggi, taun dan sebagainya. Ada orang mati dibunuh perompak, mati dibaham buaya atau diterkam harimau atau dipagut ular. Ada yang mati tersedak makanan malahan tersedak air liur dan macam2 lagi penyebab mati.

Tak kesahlah mati, semua orang akan mati. Ye, betul. Cuma apa nasib kita selepas mati?Mati bukan berakhirnya kehidupan kita. Mati adalah sebuah perpindahan hidup dari alam nyata yang hanya sedetik ke alam akhirat yang kekal abadi untuk menerima pembalasan nikmat atau penyiksaan di alam kubur. Mati adalah perpindahan ke alam ghaib tetapi dengan menempuh proses sakaratul maut dengan kesakitan yang teramat sangat yang tak dapat digambarkan. 

Setelah mati, kita dihidupkan semula dengan jasad yang baru dengan menempuh pertanyaan malaikat di dalam kubur. boleh menjawab atau tidak soalan Mungkar Nankir, bergantung apa yang kita lakukan di dunia. Pun begitu yang menjawabnya bukan lidah tetapi seluruh anggota tubuh.

Keadaan di dalam kubur itu sudah tersangat dahsyat tetapi ianya tidak habis begitu saja. Jika siksaan yang diterima di dalam kubur, ianya berterusan hingga dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk diadili. Semua amalan di dunia ditayangkan untuk dihukumkan seadil-adilnya oleh Tuhan yang maha adil. 

Seterusnya akan menempuh titian menuju ke Syurga untuk menikmati segala kesenangan, keselesaan dan kelazatan yang maha hebat. Atau tergelincir dari atas titian sirat dan terjun ke dalam lautan api Neraka yang menyala-nyala yang sakit-pedihnya tak terkata, tak terperi. 

Didunia yang sementara ini kita mengimpikan sebuah kehidupan yang senang-lenang dan merindui serta memburu kebahagian. Kita takut sangat ditimpa kesusahan dan penderitaan; ditimpa sakit, kemiskinan, dibenci, dipandang hina, dicaci dan dikata nista serta difitnah. Kita tak sanggup menanggungnya. 

Apakah kita sanggup menanggung kesusahan dan derita sengsara dikehidupan akhirat yang kekal abadi itu. Ye! Kita selalu terlupa untuk memikirkannya atau kita bersikap, "Itu belakang kiralah. Itu lambat lagi." Atau kita rasa, "Peduli apa, yang kena azab bukan aku, aku kan dah mati jadi tanah." Jaga2, ini adalah kepercayaan orang kafir. Nau' zubillah. Haqikat diri kita bukan jasad kita tetapi roh kita. Yang merasa susah-senang, bahagia-derita, nikmat dan azab itu roh kita. Jasad kita bila dah di tinggalkan oleh roh iaya sudah tidak merasa apa2 lagi. Rohlah yang terus merasa dan menanggung derita atau mengecap nikmat-kesenangan dan kelazatan.

Jadi apa yang akan mengakibat kan kita akan menanggung derita sengsara selepas mati nanti? Itu lah dosa2 kita. Kederhakaan kita pada Allah, berbuat perkara yang Allah larang dan mencuaikan perkara yang Allah suruh. Didunia lagi perbuatan dosa akan menjadi kan hati kita hilang ketenangan dan berkeluh- kasah.

Sesungguhnya manusia tak akan terlepas dari berbuat dan terjebak dengan dosa kecuali para rasul dan nabi; mereka dipelihara oleh Allah. Mereka 'maksum'.

Kita yang bukan rasul bukan nabi sentiasa terjebak dengan dosa. Ada dosa besar, ada dosa kecil. Ada yang disengaja ada yang tak sengaja. Ada yang disedari ada yang tidak. Ada yang kita tahu itu dosa ada yang tidak. Ada dosa zahir, ada dosa batin.

Dosa besar yang zahir seperti jenayah sex: Berzinah, homosex (memuaskan nafsu sesama lelaki). Lesbian (memuaskan nafsu sesama perempuan). Sex songsang (memuaskan nafsu dengan binatang). Jenayah ini membawa hukuman mati dan diakhirat akan diazab dineraka kalau tak ditaubatkan. Penzinah yang belum pernah merasai perkahwinan dihukum seratus kali sebat yang kerap kali membawa maut. Penzinah yang telah merasai perkahwinan dihukum rejam yakni ditanam sepatas leher dan dihempuk dengan batu oleh orang ramai hingga bertemu ajal. Pelaku homosex dan lesbian dihukum bunuh dengan diikat beban pada badan dan dihumban kecerun yang dalam. Pelaku seks dengan hauwan dibunuh kedua2nya sekali. Kalau tidak ditaubatkan sebelum dihukum akan disiksa dialam kubur, dimahsyar dan terjun keneraka di akhirat. Taubat bukan mudah diterima kecuali dengan benar2 menyesal, tidak mengulang lagi perbuatan itu dan ditutup dengan amal bakti. Jenayah seks inilah yang banyak berlaku termasuk di kalangan umat Islam terutama di zaman kita ini kerana pergaulan bebas dan pengaruh unsur2 lucah yang merangasang gelora syhwat.

Dosa2 lahir lain yang besar adalah dosa membunuh, minum arak, berjudi, derhaka padA ibu-ayah dan lain2. Dosa batin adalah doda syirik, munafik, kufur, sifat mazmumah seperti ego membesar diri, berburuk sangka dengan Allah dan lain2. Menuduh orang berzinah tanpa bukti juga dosa besar dan boleh dihukum sebat. Menuduh orang Islam lain sebagai kafir, syirik, murtad jika tak sabit disisi Allah akan kembali menjadi kafir, syirik atau murtad pada yang menuduh. Jadi kena berhati2 dalam hal ini.

Orang yang mengekalkan dan meremeh2 kan dosa kecil juga akan jadi dosa besar dan mesti di taubatkan.

Kesimpulannya kita tidak boleh bertangguh2 bertaubat dan mesti kekal sentiasa bertaubat. Orang yang mati dalam ampunan Allah mati macam orang yang tak berdosa. Sebalik nya orang yang mati membawa dosa yang tak di taubatkan atau taubatnya tak di terima akan menjadi sebab akan terjun keneraka dulu walaupun mati membawa iman.

Rsaw berastaghfar 70 ke 100 kali sehari. Siapalah kita. Menangislah selalu, nasib kita belum tahu walaupun dalam petunjuk, belum tentu sampai kehujung. Menangislah selalu, nasib kita belum tahu, walau pun sudah bertaubat, belum tentu diterima.

7 Golongan Di Bawah Naungan Arasy


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: اَلْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللهِ اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إِنِّيْ أَخَافُ اللهَ ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ 

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Baginda SAW bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: (1) Imam yang adil, (2) seorang pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah kepada Allâh, (3) seorang yang hatinya bergantung ke masjid, (4) dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, keduanya berkumpul karena-Nya dan berpisah karena-Nya, (5) seorang laki-laki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu ia berkata, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allâh.’ Dan (6) seseorang yang bershadaqah dengan satu shadaqah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan tangan kanannya, serta (7) seseorang yang berdzikir kepada Allâh dalam keadaan sepi lalu ia meneteskan air matanya.”

SYARAH HADIS
Penyebutan jumlah “tujuh” di dalam hadis ini tidaklah merupakan pembatas, sehingga tidak dapat diertikan bahawa golongan yang akan dinaungi Allâh Ta’ala pada hari Kiamat hanya terbatas pada tujuh golongan ini saja. Menurut Ulama ahli usul, istilah ini disebut dengan mafhûmul ‘adad ghairu murad, iaitu mafhum dari ‘adad (bilangan) itu tidak dimaksudkan. Sehingga apabila disebutkan tujuh, bukan berarti hanya tujuh ini saja.

Kedudukan hadis ini sangat penting agar kaum Muslimin dapat melaksanakan amalan-amalan yang terkandung di dalamnya, sehingga kita dapat memperoleh perlindungan dan naungan Allâh Azza wa Jalla pada hari Kiamat.

Kemudian Rasûlullâh SAW bersabda: 

يُظِلُّهُمُ اللهُ فِي ظِلِّهِ..

Mereka dinaungi oleh Allâh dalam naungan-Nya..

Ada pendapat batil yang mengatakan bahawa mereka (tujuh golongan itu) dilindungi dari matahari, jadi antara mereka dan matahari terdapat Allâh. Ini adalah pendapat yang batil, kerana Allâh Azza wa Jalla di atas segala sesuatu sedangkan matahari dan golongan ini di bawah ‘Arsy Allâh. Jadi yang benar adalah mereka (tujuh golongan itu) akan dilindungi oleh Allâh di bawah ‘Arsy-Nya, kerana Allâh di atas segala sesuatu dan berpisah dengan makhluk-Nya.

Lafaz فِي ظِلِّهِ, iaitu idhâfah (penyandaran) bayangan kepada Allâh Azza wa Jalla . Para Ulama mengatakan, 

إِضَافَتُهُ إِلَى اللهِ إِضَافَةُ تَشْرِيْفٍ.

Penyandarannya kepada Allâh, iaitu penyandaran yang bertujuan untuk memuliakan

iaitu menunjukkan kemuliaan, seperti masjidullaah, baitullaah, dan selainnya.

Dalam riwayat lain, dijelaskan bahawa naungan yang dimaksudkan adalah naungan ‘Arsy Allâh Azza wa Jalla . Sebagaimana yang disebutkan oleh al-Hâfiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah dari Sahabat Salmân al-Fârisi RA, Rasûlullâh SAW bersabda:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهِ فِيْ ظِلِّ عَرْشِهِ…

Tujuh golongan yang dilindungi di bawah naungan ‘Arsy-Nya…

Nanti pada hari Kiamat, manusia sangat memerlukan perlindungan Allâh Azza wa Jalla . Pada hari itu mereka dikumpulkan di tempat lapang yang sangat luas, tidak ada naungan apapun juga untuk berlindung dari panas yang sangat dahsyat.. Mereka dikumpulkan dalam keadaan telanjang, tidak memakai alas kaki, tidak ada sehelai benang pun di tubuhnya, laki-laki dan perempuan sama. Rasûlullâh SAW bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّكُمْ تُحْشَرُوْنَ إِلَى اللهِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلاً

Wahai manusia, sesungguhnya kalian akan dihimpun (pada hari Kiamat) menuju Allâh Azza wa Jalla dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang, dan tidak dikhitan.

Kemudian matahari didekatkan di atas kepala-kepala manusia, hingga peluh bercucuran membasahi tubuh mereka. Sebahagian manusia, ada yang terendam di paras mata kakinya, ada yang terendam sebatas lututnya, ada yang sampai pinggangnya, ada yang sampai bahunya, bahkan ada yang sampai ke mulutnya. Keadaan mereka ini sesuai dengan amalan-amalan mereka.

Rasûlullâh SAW bersabda:

تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُوْنَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيْلٍ

(Pada hari Kiamat) matahari akan didekatkan (oleh Allâh) kepada seluruh makhluk hingga hanya sejarak satu mm.

Perbahasan tentang tujuh golongan yang dilindungi Allâh dalam naungan-Nya pada Kiamat ini sangat penting kerana berkaitan dengan iman kepada hari Akhirat serta pengetahuan tentang amalan-amalan yang membawa kita dalam naungan dan perlindungan Allâh Azza wa Jalla .

1. Seorang Imam Yang Adil
Yang dimaksud dengan Imam ialah seorang yang mempunyai kekuasaan besar seperti raja, presiden atau yang mengurusi urusan kaum Muslimin.

Yang dimaksud adil iaitu seorang imam yang tunduk dan patuh dalam mengikuti perintah Allâh Azza wa Jalla dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya, tanpa melanggar atau melampaui batas dan tidak menyia-nyiakannya.

Keadilan seorang imam iaitu dengan menegakkan kalimat Tauhid di muka bumi dan menyingkirkan segala perbuatan syirik, dan melaksanakan hukum-hukum Allâh Azza wa Jalla, sebab kezhaliman yang paling zalim adalah perbuatan menyengutukan Allâh padahal Allâh-lah yang menciptakannya.

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 

“… Sesungguhnya syirik (menyengutukan Allâh) adalah benar-benar kezaliman yang paling besar.” [Luqmân/31:13]

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Sebenarnya tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah hanya kepada Allâh Azza wa Jalla. Allâh Azza wa Jalla berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah hanya kepada-Ku." [Adz-Dzâriyât /51:56]

Apabila imam atau pemimpin atau raja atau presiden tidak melaksanakan syari’at Islam dalam pemerintahannya ertinya dia tidak berlaku adil, maka Rasûlullâh SAW menyuruh kita untuk bersabar. Fenomena yang kita lihat sekarang, jika ada seorang imam, penguasa atau pemimpin yang melakukan kesalahan maka orang-orang berusaha untuk menjatuhkannya dan berebut untuk dapat menggantikannya. 

Menurut syari’at Islam, berkeinginan untuk menjadi penguasa adalah keinginan terlarang, sebagaimana Rasûlullâh SAW melarang para Sahabatnya untuk bercita-cita menjadi pemimpin. Maka yang menjadi tugas kita sekarang adalah mendukung kebaikannya dan menasihati penguasa yang ada agar ia dapat menegakkan Tauhid di muka bumi ini, dan kita wajib bersabar atas kesalahannya. Kita berusaha untuk menasihati dengan cara yang baik sesuai dengan syari’at.

2. Seorang Remaja Yang Membesar Dalam Keadaan Beribadah Kepada Allâh

Dalam sebuah hadis dari Shahabat Salmân al-Fârisi RA disebutkan:

أَفْنَى شَبَابَهُ وَنَشَاطَهُ فِي عِبَادَةِ اللهِ

Dia menghabiskan waktu mudanya dan rajin dalam beribadah kepada Allâh.

Pada kebiasaannya, masa muda bagi mana-mana remaja akan lebih condong kepada kejahatan, kemaksiatan dan perbuatan-perbuatan yang melanggar syari’at. Namun ada remaja yang terpilih untuk berlaku taat dengan Allah dalam mengekang hawa nafsunya dan beribadah kepada Allâh Azza wa Jalla. Remaja seperti inilah yang akan dilindungi oleh Allâh Azza wa Jalla .

3. Seseorang Yang Hatinya Bergantung Pada Masjid

Dalam riwayat at-Tirmidzi disebutkan, 

وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْـمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُوْدَ إِلَيْهِ …

Seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, apabila ia keluar dari masjid hingga kembali kepadanya …

Hal ini menunjukkan tentang rasa cintanya kepada masjid untuk solat dan zikir kepada Allâh Azza wa Jalla . Hatinya bagaikan lampu pelita yang terpasang di atapnya, di mana tidaklah dia keluar darinya melainkan dia akan kembali. 

Kata rajulun (seorang laki-laki) disini hanya terbatas pada laki-laki saja kerana perempuan tidak diperintahkan untuk meramaikan masjid-masjid Allâh - dalam pengertian untuk melaksanakan solat berjama’ah di masjid. Namun dianjurkan bagi para wanita Muslimah untuk melaksanakan solat di rumah mereka,

وَبُيُوْتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ

"Dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka"

Sedangkan bagi laki-laki diwajibkan untuk melaksanakan solat berjama’ah di masjid.

Wanita Muslimah solat di rumah-rumah mereka lebih baik daripada di masjid, akan tetapi apabila mereka meminta izin kepada suami untuk solat di masjid, maka suami hendaknya mengizinkannya dengan ketentuan tidak menimbulkan fitnah. Pakaiannya harus menutup seluruh tubuh dan tidak memakai parfum (wangi-wangian). 

Nabi SAW bersabda:

لَا تَمْنَعُوْا نِسَائَكُمُ الْـمَسَاجِدَ، وَبُيُوْتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ

Janganlah kalian melarang isteri-isteri dan perempuan (untuk datang) ke masjid, dan rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka[10] 

Dalam hadits yang lain, Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَا تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَاتٌ

Janganlah kalian melarang para wanita (shalat) di masjid Allâh, akan tetapi hendaklah mereka keluar dalam keadaan tidak memakai parfum[11] 

4. Dan orang Yang Saling Mencintai Di Jalan Allâh, Dia Berkumpul Dan Berpisah Karena-Nya
Imam an-Nawawi rahimahullah memasukkan hadits ini dalam kitabnya, Riyâdhush Shâlihîn pada bab “Keutamaan Cinta karena Allâh”. 

Mencinta seseorang hanya karena Allâh Azza wa Jalla adalah cinta yang tidak dapat dinodai oleh unsur-unsur keduniaan, ketampanan, harta, kedudukan, fasilitas, suku, bangsa dan yang lainnya. Akan tetapi dia melihat dan mencintai seseorang karena ketaatannya dalam melaksanakan perintah Allâh Azza wa Jalla dan kekuatannya dalam meninggalkan larangan-Nya. Al-Hâfizh Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan, “Disebut dengan dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, di mana ia berpisah dan berkumpul karena-Nya, yaitu apabila keduanya saling mencintai karena agama, bukan karena yang lainnya. Dan cinta agama ini tidak putus karena dunia, baik dia berkumpul secara hakiki atau tidak, sampai kematian memisahkan keduanya.”

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh al-Humaidi disebutkan bahwa yang dimaksud yaitu dia berkumpul di atas kebaikan.[12] 

Kemudian sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

تَفَرَّقَا عَلَيْهِ

Keduanya berpisah karena-Nya

Yaitu keduanya berkumpul dan berpisah hanya karena Allâh Azza wa Jalla , badannya terpisah karena safar atau kematian tetapi ruhnya tetap berkumpul di atas manhaj Allâh Azza wa Jalla.[13] 
Sebagaimana yang disebutkan pada sebuah hadits dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma, ia berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 

اَلْأَرْوَاحُ جُنُوْدٌ مُجَنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا اِئْتَلَفَ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اِخْتَلَفَ.

Ruh-ruh itu selalu terkumpul dan terhimpun, siapa yang kenal ia akan berkumpul; dan siapa yang tidak saling mengenal, maka ia berpisah[14] 

Hal ini juga berlaku bagi dua orang wanita Muslimah yang saling mencintai karena Allâh Azza wa Jalla , yaitu cinta dalam rangka melaksanakan ketaatan kepada Allâh Azza wa Jalla .

Oleh sebab itu, apabila kita mencintai seseorang karena ketaatannya dalam melaksanakan ketaatan kepada Allâh Azza wa Jalla dan kesungguhannya dalam menjauhi larangan-Nya, maka dianjurkan oleh Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar kita memberitahukan kepadanya. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits, yaitu:

إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللهِ

Sesungguhnya aku cinta kepadamu karena Allâh …

Kemudian jawabannya adalah:

أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ

Mudah-mudahan Allâh mencintaimu yang telah mencintaiku karena-Nya.[15] 

Saling mencintai karena Allâh Azza wa Jalla memiliki keutamaan yang sangat besar, bukan hanya mereka akan dikumpulkan dan diberikan naungan, bahkan mereka akan diberikan mimbar-mimbar dari cahaya oleh Allâh Azza wa Jalla di hari Kiamat.

Sebagaimana hadits dari Abu Dzarr Radhiyallahu anhu bahwa ia mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allâh Azza wa Jalla berfirman:

اَلْـمُتَحَابُّوْنَ فِي جَلاَلِي، لَهُمْ مَنَابِرُ مِنْ نُوْرٍ يَغْبِطُهُمُ النَّبِيُّوْنَ وَالشُّهَدَاءُ

Orang yang saling mencintai berada dalam lindungan-Ku; diberikan bagi mereka mimbar-mimbar dari cahaya yang dicita-citakan oleh para Nabi dan syuhada‘ (orang-orang yang mati syahid)[16] 

5. Seorang Laki-Laki Yang Diajak Berzina Oleh Seorang Wanita Yang Memiliki Kedudukan Dan Kecantikan, Lalu laki-laki tersebut berkata, “Sungguh aku takut kepada Allâh.”

Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إِنِّيْ أَخَافُ اللهَ

Dan seorang laki-laki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, lalu laki-laki tersebut berkata: ‘Sungguh aku takut kepada Allâh.

Hal ini bukan hanya berlaku bagi laki-laki, namun juga bagi wanita. Apabila dia diajak berzina oleh laki-laki kemudian dia menolaknya sambil mengatakan,

إِنِّي أَخَافُ اللهَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Sungguh aku takut kepada Allâh, Rabb semesta alam.

Yaitu dia takut hanya kepada Allâh Azza wa Jalla , maka dia akan diberikan perlindungan oleh-Nya.

Disebutkannya laki-laki ini sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur-an, yaitu kisah Nabi Yûsuf Alaihissallam . Beliau Alaihissallam diajak oleh seorang isteri penguasa pada waktu itu untuk berzina, namun beliau Alaihissallam menolaknya. Allâh Azza wa Jalla melarang seseorang mendekati perbuatan zina. Allâh Azza wa Jalla berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk. [Al-Isrâ’/17:32]

6. Seseorang Yang Bersedekah Dengan Sesuatu Lalu Ia Menyembunyikannya Hingga Tangan Kirinya Tidak Mengetahui Apa Yang Diinfaqkan Oleh Tangan Kanannya.

Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ

Seseorang yang bershadaqah dengan satu sedekah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.

Sudah diketahui bersama bahwa infaq itu dianjurkan agar dilakukan dengan tangan kanan karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan menggunakan tangan kanan ketika mengambil sesuatu, makan, minum, maupun bershadaqah. Sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Imam Ahmad (VI/94). Juga dalam Shahîh al-Bukhâri di Kitab az-Zakâh terdapat bab dengan judul Bab as-Shadaqati bil yamin (Bab Sedekah dengan Tangan Kanan).

Allâh Azza wa Jalla sangat menganjurkan para hamba-Nya untuk bershadaqah. Allâh Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allâh akan menghapus sebagian kesalahan-kesalahanmu. Dan Allâh Mahateliti apa yang kamu kerjakan.” [Al-Baqarah/2:271]

Menyembunyikan sedekah dalam Islam memiliki keutamaan, yaitu dapat menjauhkan diri dari sifat riya’. Maka sangat dianjurkan untuk bershadaqah dalam keadaan sepi dan sembunyi-sembunyi, tidak terang-terangan.

Namun pada saat-saat tertentu diperlukan memberikan sedekah secara terang-terangan, misalkan di suatu tempat didapati orang-orang yang sangat sulit untuk bersedekah, maka dianjurkan untuk memulainya secara terang-terangan agar menjadi contoh bagi mereka. Sebagaimana asbâbul wurûd (sebab-sebab datangnya hadits), sabda Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْءٌ…

Barangsiapa yang memulai sunnah dalam Islam dengan sunnah yang baik, maka diberikan pahala baginya dan pahala orang-orang yang mengamalkannya setelahnya tanpa dikurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka…[17] 

Sedekah wajib dilakukan dengan ikhlas, sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Orang yang riya’ dalam beramal, baik ketika memberikan sedekah maupun yang lainnya, maka amalannya itu tidak bernilai di sisi Allâh Azza wa Jalla . Yaitu jika dia ingin dilihat orang, ingin didengar, atau dia mengungkit-ungkit amalan yang dilakukannya, maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allâh Azza wa Jalla .
Allâh Azza wa Jalla berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) shadaqahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allâh dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allâh tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir itu. [Al-Baqarah/2:264]

Maksud dari seseorang yang menyembunyikan shadaqah yang dilakukan dengan tangan kanannya dari tangan kirinya adalah orang ini bersungguh-sungguh dalam menyembunyikan sedekahnya hingga tangan kirinya, meskipun dekat dengan tangan kanan (padahal berada dalam satu tubuh), tidak mengetahui apa yang dilakukan tangan kanannya dalam sedekahnya tersebut.[18] Namun bagi para isteri dianjurkan meminta izin kepada suaminya jika ingin bershadaqah.

7. Seseorang Yang Mengingat Allâh Azza Wa Jalla Dalam Keadaan Sepi Lalu Air Matanya Mengalir
Sabda Rasûlullâh SAW :

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Dan seseorang yang mengingat Allâh dalam keadaan sepi lalu air matanya mengalir

Yaitu, seorang laki-laki yang mengingat Allâh atau berdzikir kepada-Nya, berdzikir dengan hati dan lisannya, dan dalam keadaan sepi lalu air matanya mengalir. Penyebutan rajulun (seorang laki-laki) bukan pembatasan karena ini juga berlaku bagi kaum wanita. Jika seorang Muslimah mengalir air matanya tatkala berdzikir kepada Allâh Azza wa Jalla di kala sepi, maka ia berhak atas naungan Allâh Azza wa Jalla di hari Kiamat.

Penyebutan syarat dalam keadaan sepi di sini kerana di saat itu sangat jauh dari perbuatan riya’. Tentang mengalir air matanya kerana takut kepada Allâh terdapat beberapa keutamaan, di antaranya tidak disentuh oleh api Neraka.

Nabi SAW bersabda :

عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ

Ada dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka, yaitu mata yang menangis karena takut kepada Allâh dan mata yang bergadang karena menjaga peperangan di jalan Allâh.[19] 

Berdzikir (mengingat) Allâh Azza wa Jalla , baik dengan membaca dzikir, do’a maupun bangun untuk shalat di tengah malam, harus sesuai dengan yang dicontohkan oleh Rasûlullâh SAW  Jadi, dzikir-dzikir, do’a atau amalan lainnya, baik jenis, kaifiyat (tata cara), waktu maupun bilangannya, yang tidak dicontohkan oleh Rasûlullâh SSAWakan tertolak. Karena Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
                                                                                                                                                   

Barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang tidak dicontohkan dari kami maka ia tertolak!![20] 

Demikian juga apabila seorang suami yang bangun di tengah malam lalu melaksanakan shalat Tahajjud, kemudian dia membangunkan isterinya untuk melakukan shalat Tahajjud atau sebaliknya, maka keduanya termasuk orang-orang yang banyak berdzikir kepada Allâh Azza wa Jalla .

Rasûlullâh SAW bersabda:

إِذَا اسْتَيْقَظَ الرَّجُلُ مِنَ اللَّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِيْنَ اللهَ كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتِ

Seorang suami yang bangun ditengah malam dan membangunkan isterinya lalu keduanya shalat malam, maka keduanya termasuk laki-laki dan perempuan yang banyak mengingat Allâh[21]. 

FAWAA-ID:
1. Keutamaan seorang imam atau pemimpin yang adil, yang berhukum dengan syari’at-syari’at Allâh Azza wa Jalla dan memperhatikan rakyatnya.
2. Keutamaan anak muda yang tumbuh dalam ketaatan kepada Allâh Azza wa Jalla dan tidak berbuat maksiat kepada-Nya serta tidak berbuat kejahatan, begitu juga wanita.
3. Wajib mendidik anak-anak dalam taat kepada Allâh Azza wa Jalla dan mengajarkan tauhid kepada mereka dan akhlak yang mulia.
4. Keutamaan orang yang selalu datang ke masjid dan hatinya selalu bergantung kepadanya untuk berzikir kepada Allâh Azza wa Jalla dan menegakkan shalat berjama’ah.
5. Wajib bagi laki-laki shalat berjama’ah di masjid, sementara bagi kaum wanita, rumah merupakan tempat shalat terbaik mereka.
6. Hati seorang Muslim selalu rindu untuk ibadah di masjid.
7. Cinta yang sebenarnya, dilakukan di jalan Allâh dan semata-mata karena Allâh Azza wa Jalla .
8. Wajib menutup jalan yang membawa kepada perzinaan.
9. Keutamaan menjaga diri dan berpaling dari perbuatan zina karena takut kepada Allâh Azza wa Jalla .
10. Berzina adalah perbuatan keji, dosa besar dan sejelek-jelek jalan.
11. Keutamaan sedekah yang tersembunyi jauh dari perbuatan riya’.
12. Keutamaan merasa diawasi oleh Allâh Azza wa Jalla dan takut kepada Allâh Azza wa Jalla disaat sendirian.
13. Keutamaan menangis karena takut kepada Allâh Azza wa Jalla.
14. Keutamaan berdzikir kepada Allâh Azza wa Jalla ketika sendirian.
15. Bahwa ganjaran itu tergantung dari keikhlasan dan sesuai dengan Sunnah.

Ahad, 22 Januari 2017

Muhasabah Diri - Sembahyang!!!



Pernahkah Sedih Tertinggal Sembahyang?

Pernahkah kita bersedih tertinggal sembahyang?

Pernahkah susah hati terlewat mengerjakannya?

Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang?

Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang?

Pernahkah terasa berdosa tidak beradab menghadapi Tuhan?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri

Setiap orang boleh menilai dirinya

Tanyalah diri kita akan dapat jawapannya

Bila dapat jawapannya engkau kenal diri engkau

Bila engkau kenal diri engkau, engkau kenal siapa engkau

Kalau engkau kenal diri engkau

Engkau tidak akan nampak lagi kejahatan orang lain

Begitulah beberapa pertanyaan yang kita ajukan

Sebagai contoh untuk bertanya diri sendiri

Yang tidak disebutkan kita datangkan atau fikirkan

Tentu kita juga akan dapat jawapannya

Cara ini adalah salah satu cara buat kita menilai diri

Jika kita mahu menilai diri sendiri

Lebih-lebih lagi jika hendak membaiki diri

Tapi berapa ramaikah orang boleh ikut jalan ini?!

Selepas Asar

27.11.97

Rabu, 4 Januari 2017

Kenapa Dikatakan Islam Agama Suci?

Islam Agama Suci.

Allah swt berfirman bermaksud "Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang membersih/ mensucikan dirinya ( zahir batin ).
Maksud hadith Rsaw:
"Menjadi bersihlah kamu kerana Islam itu bersih."
"Kebersihan itu sebahagian dari iman."
"Bersuci itu pintu bagi ibadah."

Hujjatul Islam Imam al Ghazali menukilkan didalam kitabnya ' 'Mau'izatul mukminin' (Bimbingan Mukmin), Barangsiapa menghendaki bertemu dengan Allah swt dengan selamat hendaklah ia menyempurnakan empat peringkat bersuci."

Pertama: Bersuci badan, pakaian dan tempat tinggal dari najis, hadath, perkara2 cemar dan lebihan yang tidak diperlukan. Inilah kebersihan yang paling asas. 
* Tempat tinggal (rumah dan persekitaran); bersih dari sampah sarap, semak samun, sarang lalat, sarang nyamuk, sarang tikus dan dari bau busuk. Hendaklah dalam keadaan bersih, kemas, rapi, tersusun, dihias cantik dan harum. (Orang barat sangat menitik beratkan hal ini).

* Bersih dari benda2 cemar: dari habuk, lumpur, tahi lalat dan keadaan comot. Walau pun sah sembahyang kalau kaki bersalut lumpur, telekug bertahi lalat dan comot, sejadah berhabuk tetapi tak beradablah mengadap Allah dalam keadaan membawa cemar dan makruh kukumnya. Nak mengadap sultan didunia pun tak akan dibenarkan oleh pengawal istana kalau berpakaian compang-camping, comot, bertahi lalat dan membawa lumpur.

*Bersih dari lebihan yang tidak diperlukan seperti kuku, bulu ketiak dan bulu ari2. Makruh hukumnya kalau tidak dikerat atau dicukur melebihi 40 hari dan dikatakan menjadi sarang syaitan. Celah kuku yang bertahi kuku akan menghalang sampai air wudhuk dan kuku yang dibiar panjang kelihatan tidak sopan. 

* Bersih dari najis. Tak sah sembahyang membawa najis pada badan, pakaian dan tempat sembahyang ( Ini tuntutan syariat yang orang barat tak faham ).

* Bersih dari hadath kecil dan hadath besar dengan berwudhuk dan mandi hadath.

Maka adalah menjadi tuntutan fardhu ain keatas setiap Muslim yang mukallaf (akil baligh) mempelajari dan memahami sungguh2 tentang bersuci dari najis dan hadath kecil serta hadath besar. Tentang air mutlak yang sah bersuci dengannya dan tentang air mutanajjis, musta'mal dan air bercampur dangan bahan lain umpama air teh yang tak sah digunakan untuk bersuci. Begitu juga air yang terjemur pada matahari didalam bekas yang boleh berkarat yang makruh digunakan untuk angkat badath kerana ianya boleh mengakibatkan penyakit sopak. Isteri diharuskan minta cerai sekiranya suaminya berpenyakit sopak kerana penyakit itu dianggap aib. Begitu juga kena faham sungguh2 tentang istinjak (basuh kencing-berak), mengenal jenis2 nsjis dan cara membersih- kannya serta syarat sah mengangkat wudhu' dan mandi hadath. Ibu bapa bertanggung- jawab keatas ilmu fardhu ain ini terhadap anak2 mereka. Kalau tak sah bersuci maka tak sah sembahyang.

Kedua: Bersuci jawarikh yakni anggota lahir iaitu mata, telinga, lidah, kaki, tangan, perut dan faraj dari menyentuh dosa. Mata itu jendela hati kata pepatah Melayu "Dari mata turun kehati." Bagi kaum Adam mengawal mata dari menatap dan merenung wanitalah yang paling payah dan selalu gagal nak dikawal. Sedangkan menatap wanita yang halal nikah adalah diharamkan kerana ianya menimbulkan berahi atau keinginan syahwat yang boleh mendorong kepada perbuatan zina. Walaupun ianya dosa kecil tatapi kalau selalu2 dilakukan menjadi dosa besar dan perlu ditaubatkan. Rsaw bersabda bermaksud, "Pandangan mata (lelaki) yerhadap kejelitaan wanita itu adalah umpama panah beracun dari panah iblis. Barang siapa dapat mengawal matanya dari melihat seumpama itu akan merasa kemanisan beribadah." Jadi ini termasuklah melihat gambar2, lebih2 lagi yang bergerak dan beradigan cinta dan bercumbu dalam filem dan derama serta menyanyi tergendai2 sudah tentu meruntun nafsu dan melacur hati serta mendatangkan dosa. Jadi tanya lah diri kita "Mengapa sembahyang kita tidak khusyuk." 

Malah seluruh anggota lahir kita adalah merupakan nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita namun ianya juga merupakan pintu masuk nya maksiat. Maka wajiblah kita bersyukur dan guna kan sebaik2nya untuk menjunjung syariat Allah. Jauhi maksiat dan gunakan untuk berbakti kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia.

*Lidah digunakan untuk zikirullah, baca quran dan bercakap yang baik2. Jauhi mengumpat, mengeji, mengata, mengadu domba, berkata dengan bahasa kesat dan lucah serta perkataan yang sia2.

*Telinga jauhi dari mendengar perkara2 buruk, yang terlarang dan sia2 serta melalaikan. Gunakan untuk mendengar yang baik2 dan berfaedah serta nasihat.

*Kaki jauhi dari melangkah ke tempat2 maksiat. Gunakan untuk pergi ketempat2 yang berfaedah.

*Tangan jauhi dari menyentuh, mengambil benda2 yang terlarang. Gunakan untuk berbakti kepada Allah dan berkhidmat kepada sesama manusia.

*Perut jauhi dari masuk makan- minum yang haram dan subhat. Makan minum yang subhat walapun belum jatuh haram tapi ianya menhgelapkan hati, menjadi hijab untuk merasakan kemanisan iman dan dari rasa khusyuk dalam ibadah. Umat Islam wajib menyediakan makan minum yang benar2 suci dan ianya menjadi tuntutan fardhu kifayah, apabila tak ada siapa pun umat Islam menghasilkannya maka semua umat Islam menanggung dosa. Ini jarang umat Islam rasa berdosa. Sedarkah kita berbagai2 produk makanan yang diadun dengan gelotin, pactin, emalsifire dan sortening mengandungi lemak babi atau lemak binatang yang tak disembelih secara Islam. Sabda Rsaw bermaksud "Hati kamu di bentuk oleh makan-minum kamau." Maka jauhilah dari makanan yang jelas baram, subhat, yang berunsur riba, curi, rasuah, tipu dan seumpamanya.

*Faraj yakni kemaluan hendak lah dijauhi dari perbuatan zina. Ini termasuk menjauhi perkara2 yang boleh meragsang kepada pernuatan zina: melihat, berkata lucah dan mengkhayalkan yang lucah dan membaca bahan2 lucah.

Ketiga: Bersih akal-fikiran dan rasa hati dari perkara2 dosa. Jauhi dari mengkhayalkan perkara2 maksiat dan sia2. Bersihkan hati dari sifat mazmumah yakni sifat keji seperti perasaan ego, takabbur, membesar diri. Dari perasaan riak, ujub, suma'ah. Dari bakhil, pemarah, hasad-dengki, berburuk sangka, gila dunia dan seumpama nya. 
Hendaklah dipelihara hati dari perasaan syirik, kufur, nifak dan menganut fahaman ideoloji.

Keempat: Bersihkan rasa hati dari sir yakni dari mengingati selain Allah. Inilah hati para rasul, para ambiak dan para auliak Allah yang kaki mereka berpijak dibumi tetapi hati mereka dialam tinggi, tenggelam dalam kebesaran Allah. Apa yang mereka lihat semuanya di hubungkan dengan kebesaran Allah. 

Maka hendaklah kita berusaha semaksima mumgkin membersihkan lahir-batin kita agar kita berjaya menjadi kekasih Allah. Firman Allah bermaksud "Beruntunglah barangsiapa yang berjaya membersihkan jiwanya dan rugilah barangsiapa yang mengotorinya."⁠⁠⁠⁠
 

Sample text

Sample Text

Sample Text