Social Icons

Khamis, 26 Januari 2017

Muhasabah - Taubatlah Serta Merta Dan Sentiasa

Mati tak kira tua tak kira muda. Tak kira sakit tak kira sihat. Kita akan mati bila2 masa, entah bila, entah dimana, entah bagaimana. Mungkin dalam kemalangan jalan raya, dalam kebakaran, dalam banjir, tanah runtuh, dalam ribut-taufan  atau diserang penyakit tiba2 seperti serangan jantung, denggi, taun dan sebagainya. Ada orang mati dibunuh perompak, mati dibaham buaya atau diterkam harimau atau dipagut ular. Ada yang mati tersedak makanan malahan tersedak air liur dan macam2 lagi penyebab mati.

Tak kesahlah mati, semua orang akan mati. Ye, betul. Cuma apa nasib kita selepas mati?Mati bukan berakhirnya kehidupan kita. Mati adalah sebuah perpindahan hidup dari alam nyata yang hanya sedetik ke alam akhirat yang kekal abadi untuk menerima pembalasan nikmat atau penyiksaan di alam kubur. Mati adalah perpindahan ke alam ghaib tetapi dengan menempuh proses sakaratul maut dengan kesakitan yang teramat sangat yang tak dapat digambarkan. 

Setelah mati, kita dihidupkan semula dengan jasad yang baru dengan menempuh pertanyaan malaikat di dalam kubur. boleh menjawab atau tidak soalan Mungkar Nankir, bergantung apa yang kita lakukan di dunia. Pun begitu yang menjawabnya bukan lidah tetapi seluruh anggota tubuh.

Keadaan di dalam kubur itu sudah tersangat dahsyat tetapi ianya tidak habis begitu saja. Jika siksaan yang diterima di dalam kubur, ianya berterusan hingga dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk diadili. Semua amalan di dunia ditayangkan untuk dihukumkan seadil-adilnya oleh Tuhan yang maha adil. 

Seterusnya akan menempuh titian menuju ke Syurga untuk menikmati segala kesenangan, keselesaan dan kelazatan yang maha hebat. Atau tergelincir dari atas titian sirat dan terjun ke dalam lautan api Neraka yang menyala-nyala yang sakit-pedihnya tak terkata, tak terperi. 

Didunia yang sementara ini kita mengimpikan sebuah kehidupan yang senang-lenang dan merindui serta memburu kebahagian. Kita takut sangat ditimpa kesusahan dan penderitaan; ditimpa sakit, kemiskinan, dibenci, dipandang hina, dicaci dan dikata nista serta difitnah. Kita tak sanggup menanggungnya. 

Apakah kita sanggup menanggung kesusahan dan derita sengsara dikehidupan akhirat yang kekal abadi itu. Ye! Kita selalu terlupa untuk memikirkannya atau kita bersikap, "Itu belakang kiralah. Itu lambat lagi." Atau kita rasa, "Peduli apa, yang kena azab bukan aku, aku kan dah mati jadi tanah." Jaga2, ini adalah kepercayaan orang kafir. Nau' zubillah. Haqikat diri kita bukan jasad kita tetapi roh kita. Yang merasa susah-senang, bahagia-derita, nikmat dan azab itu roh kita. Jasad kita bila dah di tinggalkan oleh roh iaya sudah tidak merasa apa2 lagi. Rohlah yang terus merasa dan menanggung derita atau mengecap nikmat-kesenangan dan kelazatan.

Jadi apa yang akan mengakibat kan kita akan menanggung derita sengsara selepas mati nanti? Itu lah dosa2 kita. Kederhakaan kita pada Allah, berbuat perkara yang Allah larang dan mencuaikan perkara yang Allah suruh. Didunia lagi perbuatan dosa akan menjadi kan hati kita hilang ketenangan dan berkeluh- kasah.

Sesungguhnya manusia tak akan terlepas dari berbuat dan terjebak dengan dosa kecuali para rasul dan nabi; mereka dipelihara oleh Allah. Mereka 'maksum'.

Kita yang bukan rasul bukan nabi sentiasa terjebak dengan dosa. Ada dosa besar, ada dosa kecil. Ada yang disengaja ada yang tak sengaja. Ada yang disedari ada yang tidak. Ada yang kita tahu itu dosa ada yang tidak. Ada dosa zahir, ada dosa batin.

Dosa besar yang zahir seperti jenayah sex: Berzinah, homosex (memuaskan nafsu sesama lelaki). Lesbian (memuaskan nafsu sesama perempuan). Sex songsang (memuaskan nafsu dengan binatang). Jenayah ini membawa hukuman mati dan diakhirat akan diazab dineraka kalau tak ditaubatkan. Penzinah yang belum pernah merasai perkahwinan dihukum seratus kali sebat yang kerap kali membawa maut. Penzinah yang telah merasai perkahwinan dihukum rejam yakni ditanam sepatas leher dan dihempuk dengan batu oleh orang ramai hingga bertemu ajal. Pelaku homosex dan lesbian dihukum bunuh dengan diikat beban pada badan dan dihumban kecerun yang dalam. Pelaku seks dengan hauwan dibunuh kedua2nya sekali. Kalau tidak ditaubatkan sebelum dihukum akan disiksa dialam kubur, dimahsyar dan terjun keneraka di akhirat. Taubat bukan mudah diterima kecuali dengan benar2 menyesal, tidak mengulang lagi perbuatan itu dan ditutup dengan amal bakti. Jenayah seks inilah yang banyak berlaku termasuk di kalangan umat Islam terutama di zaman kita ini kerana pergaulan bebas dan pengaruh unsur2 lucah yang merangasang gelora syhwat.

Dosa2 lahir lain yang besar adalah dosa membunuh, minum arak, berjudi, derhaka padA ibu-ayah dan lain2. Dosa batin adalah doda syirik, munafik, kufur, sifat mazmumah seperti ego membesar diri, berburuk sangka dengan Allah dan lain2. Menuduh orang berzinah tanpa bukti juga dosa besar dan boleh dihukum sebat. Menuduh orang Islam lain sebagai kafir, syirik, murtad jika tak sabit disisi Allah akan kembali menjadi kafir, syirik atau murtad pada yang menuduh. Jadi kena berhati2 dalam hal ini.

Orang yang mengekalkan dan meremeh2 kan dosa kecil juga akan jadi dosa besar dan mesti di taubatkan.

Kesimpulannya kita tidak boleh bertangguh2 bertaubat dan mesti kekal sentiasa bertaubat. Orang yang mati dalam ampunan Allah mati macam orang yang tak berdosa. Sebalik nya orang yang mati membawa dosa yang tak di taubatkan atau taubatnya tak di terima akan menjadi sebab akan terjun keneraka dulu walaupun mati membawa iman.

Rsaw berastaghfar 70 ke 100 kali sehari. Siapalah kita. Menangislah selalu, nasib kita belum tahu walaupun dalam petunjuk, belum tentu sampai kehujung. Menangislah selalu, nasib kita belum tahu, walau pun sudah bertaubat, belum tentu diterima.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text