Social Icons

Rabu, 4 Januari 2017

Kenapa Dikatakan Islam Agama Suci?

Islam Agama Suci.

Allah swt berfirman bermaksud "Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang membersih/ mensucikan dirinya ( zahir batin ).
Maksud hadith Rsaw:
"Menjadi bersihlah kamu kerana Islam itu bersih."
"Kebersihan itu sebahagian dari iman."
"Bersuci itu pintu bagi ibadah."

Hujjatul Islam Imam al Ghazali menukilkan didalam kitabnya ' 'Mau'izatul mukminin' (Bimbingan Mukmin), Barangsiapa menghendaki bertemu dengan Allah swt dengan selamat hendaklah ia menyempurnakan empat peringkat bersuci."

Pertama: Bersuci badan, pakaian dan tempat tinggal dari najis, hadath, perkara2 cemar dan lebihan yang tidak diperlukan. Inilah kebersihan yang paling asas. 
* Tempat tinggal (rumah dan persekitaran); bersih dari sampah sarap, semak samun, sarang lalat, sarang nyamuk, sarang tikus dan dari bau busuk. Hendaklah dalam keadaan bersih, kemas, rapi, tersusun, dihias cantik dan harum. (Orang barat sangat menitik beratkan hal ini).

* Bersih dari benda2 cemar: dari habuk, lumpur, tahi lalat dan keadaan comot. Walau pun sah sembahyang kalau kaki bersalut lumpur, telekug bertahi lalat dan comot, sejadah berhabuk tetapi tak beradablah mengadap Allah dalam keadaan membawa cemar dan makruh kukumnya. Nak mengadap sultan didunia pun tak akan dibenarkan oleh pengawal istana kalau berpakaian compang-camping, comot, bertahi lalat dan membawa lumpur.

*Bersih dari lebihan yang tidak diperlukan seperti kuku, bulu ketiak dan bulu ari2. Makruh hukumnya kalau tidak dikerat atau dicukur melebihi 40 hari dan dikatakan menjadi sarang syaitan. Celah kuku yang bertahi kuku akan menghalang sampai air wudhuk dan kuku yang dibiar panjang kelihatan tidak sopan. 

* Bersih dari najis. Tak sah sembahyang membawa najis pada badan, pakaian dan tempat sembahyang ( Ini tuntutan syariat yang orang barat tak faham ).

* Bersih dari hadath kecil dan hadath besar dengan berwudhuk dan mandi hadath.

Maka adalah menjadi tuntutan fardhu ain keatas setiap Muslim yang mukallaf (akil baligh) mempelajari dan memahami sungguh2 tentang bersuci dari najis dan hadath kecil serta hadath besar. Tentang air mutlak yang sah bersuci dengannya dan tentang air mutanajjis, musta'mal dan air bercampur dangan bahan lain umpama air teh yang tak sah digunakan untuk bersuci. Begitu juga air yang terjemur pada matahari didalam bekas yang boleh berkarat yang makruh digunakan untuk angkat badath kerana ianya boleh mengakibatkan penyakit sopak. Isteri diharuskan minta cerai sekiranya suaminya berpenyakit sopak kerana penyakit itu dianggap aib. Begitu juga kena faham sungguh2 tentang istinjak (basuh kencing-berak), mengenal jenis2 nsjis dan cara membersih- kannya serta syarat sah mengangkat wudhu' dan mandi hadath. Ibu bapa bertanggung- jawab keatas ilmu fardhu ain ini terhadap anak2 mereka. Kalau tak sah bersuci maka tak sah sembahyang.

Kedua: Bersuci jawarikh yakni anggota lahir iaitu mata, telinga, lidah, kaki, tangan, perut dan faraj dari menyentuh dosa. Mata itu jendela hati kata pepatah Melayu "Dari mata turun kehati." Bagi kaum Adam mengawal mata dari menatap dan merenung wanitalah yang paling payah dan selalu gagal nak dikawal. Sedangkan menatap wanita yang halal nikah adalah diharamkan kerana ianya menimbulkan berahi atau keinginan syahwat yang boleh mendorong kepada perbuatan zina. Walaupun ianya dosa kecil tatapi kalau selalu2 dilakukan menjadi dosa besar dan perlu ditaubatkan. Rsaw bersabda bermaksud, "Pandangan mata (lelaki) yerhadap kejelitaan wanita itu adalah umpama panah beracun dari panah iblis. Barang siapa dapat mengawal matanya dari melihat seumpama itu akan merasa kemanisan beribadah." Jadi ini termasuklah melihat gambar2, lebih2 lagi yang bergerak dan beradigan cinta dan bercumbu dalam filem dan derama serta menyanyi tergendai2 sudah tentu meruntun nafsu dan melacur hati serta mendatangkan dosa. Jadi tanya lah diri kita "Mengapa sembahyang kita tidak khusyuk." 

Malah seluruh anggota lahir kita adalah merupakan nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita namun ianya juga merupakan pintu masuk nya maksiat. Maka wajiblah kita bersyukur dan guna kan sebaik2nya untuk menjunjung syariat Allah. Jauhi maksiat dan gunakan untuk berbakti kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia.

*Lidah digunakan untuk zikirullah, baca quran dan bercakap yang baik2. Jauhi mengumpat, mengeji, mengata, mengadu domba, berkata dengan bahasa kesat dan lucah serta perkataan yang sia2.

*Telinga jauhi dari mendengar perkara2 buruk, yang terlarang dan sia2 serta melalaikan. Gunakan untuk mendengar yang baik2 dan berfaedah serta nasihat.

*Kaki jauhi dari melangkah ke tempat2 maksiat. Gunakan untuk pergi ketempat2 yang berfaedah.

*Tangan jauhi dari menyentuh, mengambil benda2 yang terlarang. Gunakan untuk berbakti kepada Allah dan berkhidmat kepada sesama manusia.

*Perut jauhi dari masuk makan- minum yang haram dan subhat. Makan minum yang subhat walapun belum jatuh haram tapi ianya menhgelapkan hati, menjadi hijab untuk merasakan kemanisan iman dan dari rasa khusyuk dalam ibadah. Umat Islam wajib menyediakan makan minum yang benar2 suci dan ianya menjadi tuntutan fardhu kifayah, apabila tak ada siapa pun umat Islam menghasilkannya maka semua umat Islam menanggung dosa. Ini jarang umat Islam rasa berdosa. Sedarkah kita berbagai2 produk makanan yang diadun dengan gelotin, pactin, emalsifire dan sortening mengandungi lemak babi atau lemak binatang yang tak disembelih secara Islam. Sabda Rsaw bermaksud "Hati kamu di bentuk oleh makan-minum kamau." Maka jauhilah dari makanan yang jelas baram, subhat, yang berunsur riba, curi, rasuah, tipu dan seumpamanya.

*Faraj yakni kemaluan hendak lah dijauhi dari perbuatan zina. Ini termasuk menjauhi perkara2 yang boleh meragsang kepada pernuatan zina: melihat, berkata lucah dan mengkhayalkan yang lucah dan membaca bahan2 lucah.

Ketiga: Bersih akal-fikiran dan rasa hati dari perkara2 dosa. Jauhi dari mengkhayalkan perkara2 maksiat dan sia2. Bersihkan hati dari sifat mazmumah yakni sifat keji seperti perasaan ego, takabbur, membesar diri. Dari perasaan riak, ujub, suma'ah. Dari bakhil, pemarah, hasad-dengki, berburuk sangka, gila dunia dan seumpama nya. 
Hendaklah dipelihara hati dari perasaan syirik, kufur, nifak dan menganut fahaman ideoloji.

Keempat: Bersihkan rasa hati dari sir yakni dari mengingati selain Allah. Inilah hati para rasul, para ambiak dan para auliak Allah yang kaki mereka berpijak dibumi tetapi hati mereka dialam tinggi, tenggelam dalam kebesaran Allah. Apa yang mereka lihat semuanya di hubungkan dengan kebesaran Allah. 

Maka hendaklah kita berusaha semaksima mumgkin membersihkan lahir-batin kita agar kita berjaya menjadi kekasih Allah. Firman Allah bermaksud "Beruntunglah barangsiapa yang berjaya membersihkan jiwanya dan rugilah barangsiapa yang mengotorinya."⁠⁠⁠⁠

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text