Siapa Baca Yang Ini Pasti Ketawa!!
Terlebih dahulu Pak Lang mohon ampun maaf kerana memaparkan tulisan berikut untuk kali ini. Bayangkan anda pasti akan ketawa bila membacanya. Ianya kisah sejarah dan ada gelagat mencuit hati yang tercatat dalam sejarah negara kita. Bacalah tulisan bekas wartawan dan bekas Menteri Penerangan Malaysia ini. Lagi melucukan bila baca satu komen di bawahnya... TUNKU YANG DIJULANG BIMBANG AKAN TUMBANG DALAM suasana ketegangan politik negara sekarang ini, eloklah jika saya mencatitkan anekdot lucu dari pengalaman meliputi berita politik di masa lalu yang diharap dapat menenangkan perasaan semua. Gambar Pemuda UMNO menjulang Datuk Seri Najib, mengingatkan saya semula kepada peristiwa itu yang berlaku ketika saya sebagai pemberita Utusan menunggu keputusan Pilihan Raya Umum pada 19 Ogos 1959 di Balai Besar Alor Setar. Wartawan-wartawan menunggu di sebuah bilik yang disediakan di bahagian bawah dan dewan besar di atas untuk pemimpin-pemimpin besar Parti Perikatan dan calon-calon...