Social Icons

Ahad, 24 Mei 2015

Siapa Baca Yang Ini Pasti Ketawa!!

Terlebih dahulu Pak Lang mohon ampun maaf kerana memaparkan tulisan berikut untuk kali ini. Bayangkan anda pasti akan ketawa bila membacanya. Ianya kisah sejarah dan ada gelagat mencuit hati yang tercatat dalam sejarah negara kita. Bacalah tulisan bekas wartawan dan bekas Menteri Penerangan Malaysia ini. Lagi melucukan bila baca satu komen di bawahnya...

TUNKU YANG DIJULANG BIMBANG AKAN TUMBANG
DALAM suasana ketegangan politik negara sekarang ini, eloklah jika saya mencatitkan anekdot lucu dari pengalaman meliputi berita politik di masa lalu yang diharap dapat menenangkan perasaan semua.

Gambar Pemuda UMNO menjulang Datuk Seri Najib, mengingatkan saya semula kepada peristiwa itu yang berlaku ketika saya sebagai pemberita Utusan menunggu keputusan Pilihan Raya Umum pada 19 Ogos 1959 di Balai Besar Alor Setar.

Wartawan-wartawan menunggu di sebuah bilik yang disediakan di bahagian bawah dan dewan besar di atas untuk pemimpin-pemimpin besar Parti Perikatan dan calon-calon Perikatan serta rakan-rakan mereka.

Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman menunggu di anjung yang mengadap ke jalan raya dan juga Padang Mahkamah (Padang Court) di mana ramai orang berhimpun untuk turut menunggu keputusan.

Saya telah diarahkan oleh Pengarang Berita Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Salim Kajai supaya menemui Tunku sebaik sahaja Perikatan dapat membentuk kerajaan.

Pada jam kira-kira 2 pagi, saya terus pergi menemui Tunku seorang diri. KataTunku "belum tahu semua lagi bagaimana saya nak komen" tetapi saya meyakinkan Tunku "dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan." Tunku terus menyatakan" Saya bersyukur kepada Allah SWT yang beri kemenangan pada kita, Perikatan akan bentuk semula kerajaan.........".

Tidak lama kemudian setelah sah Perikatan dapat membentuk kerajaan, Tunku turun menemui penyokong-penyokong yang sedang bersorak riang menyambut setiap kemenangan kerusi calon Perikatan yang diumumkan. Saya ikut turun.

Penyokong-penyokong mengangkat Tunku dan menjulang ke atas.Tunku senget ke kiri, senget ke kanan, Dalam keadaan yang tidak seimbang ini, Tunku berkata "Ooi hampa nak angkat; angkatlah, tapi janganlah kacau teloq aku" yang menyebabkan mereka yang menjulangnya ketawa riuh rendah. tetapi nasib baik dalam keadaan geli hati, mereka tidak terlepas dari memegang Tunku.Jika tidak Tunku betul-betul jatuh ke bawah.

Bagaimanapun, mungkin Tunku yang sedang dijulang juga bimbang akan jatuh dan berseloroh untuk menenangkan hatinya.

Tunku hanya jatuh setelah Pilihan Raya 1969, setelah rakyat bumiputera tidak lagi menerima dasarnya yang pro Barat dan banyak bertolak ansur dengan orang Cina dan digantikan oleh Tun Abdul Razak yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan memperkukuhkan lagi ISA dan Akta Hasutan.

Saya juga teringat satu peristiwa di kampong saya, lupa pula detailnya, samada tentang kemenangan atau ada peristiwa lain..

Seorang remaja tua lewat 50an telah dijulang, samalah keadaannya tersenget sana sini...dalam keadaan yang riuh itu, ada yang menjerit..jaga-jaga jangan terpicit teloq dia..
Seorang lagi menjerit..tak pa tak pa..dia tak dak teloq pun..

Saya tak tahu samada peristiwa tersebut ada lagi di zaman ini.

SUMBER BLOG ZAMKATA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text