Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Kisah Benar Bagaimana Dahsyatnya Dosa Fitnah

KISAH SEORANG HAMBA ALLAH YANG MEMFITNAH HABIB UMAR BIN HAFIDZ HAFIZAHULLAH.*  “Habib... Maafkanlah saya yang telah memfitnah Habib dan ajarkan saya sesuatu yang boleh menghapuskan kesalahan saya ini.”  Aku berusaha menjaga lisanku, tak ingin sedikitpun menyebarkan kebohongan dan menyinggung perasaan Habib.lagi, detik kata hatiku.  Habib Umar tersenyum ..,“Apa kau serius?” katanya.  Aku menganggukkan kepalaku dengan penuh keyakinan “Saya serius, Habib, Saya benar-benar ingin menebus kesalahan saya.”  Habib Umar terdiam beberapa saat. Ia tampak berfikir. Aku sudah membayangkan sebuah doa yang akan diajarkan oleh Habib Umar kepadaku, yang jika aku membacanya beberapa kali maka Allah akan mengampuni dosa-dosaku. Aku juga membayangkan satu perintah atau pekerjaan, atau apa saja yang boleh menebus kesalahan dan menghapuskan dosa-dosaku.  Beberapa detik kemudian, Habib Umar mengucapkan sesuatu yang benar-benar di luar sangkaanku.......

Haram Mengahwini Wanita-Wanita Ini

Golongan wanita yang haram dikahwini Islam telah menetapkan beberapa golongan wanita yang haram dikahwini sama ada untuk selamanya atau sementara. Terdapat golongan wanita yang haram dikahwini buat selama-lamanya. Mereka juga disebut sebagai 'mahram muabbad'. Pengharaman tersebut berlaku dengan sebab-sebab tertentu seperti, haram berkahwin dengan sebab keturunan (kahwin dengan ibu, nenek, cucu), haram berkahwin dengan sebab persemendaan (kahwin dengan isteri kepada bapa atau ibu tiri) dan haram dengan sebab susuan. Adapun maksud susuan ialah menyusu sampai 5 kali susuan secara berasingan dengan setiap kali menyusu mestilah sampai kenyang. Perempuan yang diharamkan berkahwin secara sementara pula ialah perempuan yang diharamkan berkahwin dengan lelaki atas sebab tertentu. Apabila terhapus sebab-sebab tersebut, maka halallah bagi mereka untuk berkahwin. Antara sebab-sebabnya ialah seperti berikut: 1)    Haram mengahwini perempuan yang musyrik, kecuali setel...

Calon Isteri - Antara Anak Dara (Gadis) Dengan Janda

Ada orang menghadapi masalah dalam memilih calon isteri, terutama jika perlu membuat keputusan sama ada memilih wanita masih gadis atau wanita yang sudah bergelar janda. Persoalan ini jika ditanya kepada dua ibu bapa, pasti mereka mahukan anak lelaki mereka memilih wanita yang masih gadis. Tentunya bagi ibu bapa, ada penilaian tertentu dalam memilih antara dua status wanita yang mahu dikahwinkan dengan anak mereka. Meskipun ada yang menganggap berkahwin dengan anak dara atau janda seperti tidak ada bezanya, pada prinsipnya Islam menggalakkan lelaki terutamanya bagi yang belum pernah berkahwin memilih calon isteri dari kalangan wanita yang masih gadis.  Ini tidak bererti janda tidak boleh dijadikan isteri, namun apabila membabitkan dua pilihan, sebaik-baiknya pilihlah wanita masih gadis. Keutamaan ini demi untuk kebaikan pasangan itu sendiri. Alasannya, janda kemungkinan tidak dapat memberikan sepenuh kasih sayang kepada suaminya yang kedua atau seterusnya.  M...

Tanda-tanda Kecintaan Allah Kepada Seseorang Hamba

Tanda-tanda Kecintaan Allah Kepada Seseorang Hamba Dan Anjuran Untuk Berakhlak Sedemikian Serta Berusaha Menghasilkannya Allah Ta’ala berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad), jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah saya, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang,” (ali-lmran: 31) Allah Ta’ala berfirman pula: “Hai sekalian orang yang beriman, siapa yang bermurtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kaum yang dicintai olehNya dan mereka pun mencintaiNya. Mereka itu bersikap lemah-lembut kepada kaum mu’minin dan bersikap keras terhadap kaum kafirin. Mereka berjihad fi sabilillah dan tidak takut celaan orang yang suka mencela. Demikian itulah keutamaan Allah, dikurniakan olehNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah adalah Maha Luas kurniaNya serta Maha Mengetahui.” (al-Maidah: 54) Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhn...

Ajaibnya Tepung Gandum!!!

Kisah di bawah membuktikan betapa hebatnya kuasa Allah menciptakan penawar pada tepung gandum. Eloklah s impan satu beg tepung dalam semua dapur dan pastikan semua ahli keluarga kita tahu di mana ianya disimpan. *TOLONG BACA SAMPAI HABIS* pengalaman seorang wanita telah terbakar ... satu ketika dahulu:  Sedang saya memasak jagung dan cuba membalikkan jagung tersebut.. tiba tiba tangan saya termasuk ke dalam air yang sedang mendidih.... !! Seorang rakan saya, yang merupakan seorang doktor haiwan Vietnam yang sedang berada di dalam rumah itu terkejut kerana saya menjerit kesakitan. Rakan saya bertanya kepada saya jika saya mempunyai tepung gandum ... Lalu tangan saya yang dalam kesakitan itu ditarik dan dimasukkan ke dalam beg yg diisi tepung gandum lalu membenamkan tangan saya di dalam tepung itu.  Dia memberitahu saya supaya tangan saya dibenamkan dalam tepung selama 10 minit.  Beliau berkata, di Vietnam, terdapat seorang lelaki disambar api dan dalam kea...