Social Icons

Monday, 17 October 2016

Haram Mengahwini Wanita-Wanita Ini

Golongan wanita yang haram dikahwini
Islam telah menetapkan beberapa golongan wanita yang haram dikahwini sama ada untuk selamanya atau sementara.

Terdapat golongan wanita yang haram dikahwini buat selama-lamanya. Mereka juga disebut sebagai 'mahram muabbad'. Pengharaman tersebut berlaku dengan sebab-sebab tertentu seperti, haram berkahwin dengan sebab keturunan (kahwin dengan ibu, nenek, cucu), haram berkahwin dengan sebab persemendaan (kahwin dengan isteri kepada bapa atau ibu tiri) dan haram dengan sebab susuan.

Adapun maksud susuan ialah menyusu sampai 5 kali susuan secara berasingan dengan setiap kali menyusu mestilah sampai kenyang.

Perempuan yang diharamkan berkahwin secara sementara pula ialah perempuan yang diharamkan berkahwin dengan lelaki atas sebab tertentu. Apabila terhapus sebab-sebab tersebut, maka halallah bagi mereka untuk berkahwin.

Antara sebab-sebabnya ialah seperti berikut:
1)   Haram mengahwini perempuan yang musyrik, kecuali setelah dia
memeluk agama islam

2)   Haram berkahwin dengan perempuan yang masih bersuami kecuali jika dia sudah bercerai dan tamat tempoh iddahnya.

3)   Haram bagi lelaki untuk berkahwin melebihi daripada 4 orang wanita pada satu masa, kecuali setelah dia menceraikan salah satu daripadanya dan tamat iddah isteri yang diceraikannya.
4)   Haram mengumpulkan kedua-dua wanita yang bersaudara pada satu masa samada persaudaraan tersebut kerana nasab atau susuan. Harus berkahwin dengan saudara wanita bagi isteri setelah isteri itu diceraikan atau meninggal dunia.


5)   Haram menikahi perempuan yang ditalak 3 sehingga dia berkahwin dengan lelaki lain, telah melakukan persetubuhan dan bercerai dengan suami kedua serta tamat iddahnya.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text