Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Kisah Seorang Wanita Pengikut Syiah Dii Kota Bandung,

Nasib Menjadi Wanita Pengikut Syiah Kisah wanita berjilbab dari Wisma Fatimah di Jl. Alex Kawilarang 63 Bandung Jawa Barat yang mengidap penyakit kotor gonorhe (kencing nanah) akibat nikah mut’ah. Seperti dilaporkan oleh LPPI yang berkasnya disampaikan ke Kejaksaan Agung dan seluruh gubernur, mengutip ASA (Assabiqunal Awwalun) edisi 5, 1411H, hal. 44-47 dengan judul “ Pasien Terakhir “, seperti yang dimuat buku Mengapa Menolak Syi’ah halaman 270-273. Berikut ini kisah selengkapnya: Untuk kedua kalinya wanita itu pergi ke dokter Hanung, seorang dokter spesialis kulit dan kelamin dikota Bandung. Sore itu ia datang sambil membawa hasil laboratorium seperti yang diperintahkan dokter dua hari sebelumnya. Sudah beberapa Minggu dia mengeluh merasa sakit pada waktu buang air kecil (drysuria) serta mengeluarkan cairan yang berlebihan dari vagina (vaginal discharge).~ Sore itu suasana di rumah dokter penuh dengan pasien. Seorang anak tampak menangis kesakitan karena luka dikak...

Bagaimana Para Guru Menghadapi Karenah Pelajar? - Pesanan Untuk Ibu Bapa

Mesej dari seorang yang berpengalaman dalam sistem pendidikan di dalam negara kita. Beliau menyaksikan satu sistem pendidikan yang melahirkan generasi yang tidak mampu berdikari bahkan bermasalah. Jika ada pun yang berjaya, kategori berjaya belum tentu dalam bentuk yang sempurna. Dalam banyak sudut yang lain pula, mereka yang dikatakan berjaya itu adalah orang yang gagal. Sebab itu dalam sesuatu sistem pendidikan, mesti berlaku secara rantaian kerjasama semua pihak dari hati dan jiwa yang ada rasa mahu membangunkan sistem yang berkualiti. Teras kualiti ialah rasa takutkan Allah. Awal Agama mengenal Allah!! Bacalah luahan hati beliau terhadap peranan dan sikap ibu bapa:  Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin... Tanamkan dalam hati bahawa; 1. Anak kita bukan baik sangat. Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jad...

Betulkah Ada Sahabat Meminum Darah Bekam Nabi SAW?

Imej
Tajuk asal artikel berikut ialah:  Bertabarruk Dengan Darah Nabi SAW Rasulullah SAw memiliki banyak kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepadanya yang membolehkan kita mengambil berkat daripadanya. - Gambar hiasan   Minggu ini kita akan menyambung perbicaraan tentang mengambil berkat (bertabarruk) dengan nabi dalam kes-kes yang agak ganjil iaitu dengan meminum darah Nabi SAW. Jika kita hanya memakai hukum akal dan adat kebiasaan semata-mata dalam menilai riwayat-riwayat ini nescaya sukar kita menerimanya dengan reda. Tetapi Islam mengajar kita bahawa akal harus tunduk kepada wahyu apabila kedua-duanya bertembung walaupun dalam kebanyakan hukum dan riwayat dalam Islam wahyu dan akal adalah selari.  Wahyu mengajar kita bahawa nabi SAW walaupun dari jenis manusia tetapi baginda bukanlah sama dan serupa dengan manusia biasa. Maka tidak menghairankan kita fizikal baginda termasuk peluh, darah malah sisa kumuhan baginda pun tidak sama hakikatnya dan hukumn...

Ruh Rasulullah SAW Sentiasa Hadir

Ketahuilah, bahawa ruh Baginda Rasulullah SAW akan selalu hadir dan berada di sisi para pecinta dan para perindunya. Bila-bila dan dimanapun mereka berada. Jika Allah SWT mengizinkan ruh Saiyidina Jaafar bin Abi Thalib terbang dari Syurga menuju Madinah untuk mengirim salam kepada Baginda Rasulullah SAW. Lalu bagaimana dengan ruh suci Rasulullah SAW sendiri...?  Allah SWT membebaskan ruh-ruh para Nabi untuk bertemu Baginda Rasulullah SAW pada malam Isra' Miraj, Maka ruh Sayyidil Wujud Muhammad SAW memiliki kebebasan dan kekuasaan yang lebih dari ruh-ruh lainnya. Hal ini adalah kerana ruh Nabi Muhammad SAW adalah ruh yang paling mulia di alam ini dan ruh paling agung di dunia ini. (Al-Habib Umar bin Hafidz) Kalam Al-Habib Umar bin Hafidz ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW akan selalu hadir di Majlis para pecintanya, Majlis para perindunya, Majlis Selawat, Kerana Baginda SAW sangat mencintai dan merindui umatnya jauh melebihi rasa cinta dan rindu merek...

Bolehkah Menghadirkan Mursyid Ketika Berzikir?

Prof. Dr. H. Saidi Syekh Kadirun Yahya dalam fatwanya pada peringatan Hari Guru dan Hari Silsilah tanggal 20 Juni 1996, menegaskan tentang menghadirkan mursyid. Dalam fatwa itu beliau mengatakan salah satu metode berzikir dan beramal dalam tarikatullah Naqsyabandiyah adalah menghadirkan Syekh Mursyid sebagai imam rohani. Dengan hal ini akan mendapatkan konsentrasi penuh dalam berzikir dan beribadat. Sesungguhnya menghadirkan (menyertakan) Syekh Mursyid dalam berzikir dan beribadat tidak hanya terdapat dalam Tarikatullah Naqsyabandiyah saja, tetapi juga terdapat pada seluruh lembaga tarikat-tarikat muktabarah. Sabda Rasulullah SAW, Ertinya : Menceritakan kepada kami Sofian bin Wakik, mengabarkan kepada kami Bapakku dari Sofian, dari ‘Asyim bin Ubaidillah, dari Salim, dari Ibnu Umar, dari Umar bin Khattab, bahwa sesungguhnya Umar bin Khattab pada waktu minta ijin kepada Nabi SAW untuk melaksanakan ibadat Umrah, maka Nabi bersabda, “Wahai saudaraku Umar, ikut sertakan aku/hadirkan a...

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan

Seorang Imam Besar Katolik Ortodoks Rusia, Dmitri Smirnov, menyampaikan sebuah khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaatnya. Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik pemeluk Islam. Berikut ini ceramahnya kepada jemaatnya sebagaimana Muslimina beritakan: Kalian lihat, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melewati mereka, karena di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota di padati ribuan juta umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya. Saksikanlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti shaf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus diperintah. Lalu dimana kalian bisa melihat pemeluk Kristen seluruh dunia, bisa beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristen, kalian tidak akan pernah melihatnya. Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap imb...

Siapakah Ulamak Yang Sebenarnya?

Imam Ghazali membahagi ulama kepada dua iaitu;- Ulamak Pertama - Ulama Akhirat / Ulamak Sahih / Ulamak Sebenar: Rasulullah SAW bersabda yang bermakna; "Para ulama itu pewaris para nabi"  (Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi) Ciri-ciri ulama akhirat.:- 1. Istiqamah aqidah, ibadah, akhlak dan dakwahnya, takutnya hanya pada Allah. (QS Al Anbiya 28) 2. Senangnya berjamaah ke masjid,  3. Lembut tutur katanya, bicaranya hikmah yang mengajak hijrah menuju Allah,  4. Tegas menyampaikan Haq,  5. Tampak sekali kerendahan hatinya, wajahnya murah senyum bercahaya 6. Ikhlasnya mengajar tanpa minta upah  7. “Tsiqqoh” kuat menjaga janji,  8. Warak- sangat takut dan berhati-hati dengan Hukum Allah 8. Siang malam memikirkan umatnya. Sentiasa doakan umat. 9. Keluarganya sakinah dan uswah hasanah,  10. Kuatnya menjaga silaturahim.  11. Menghormati perbezaan pendapat,  12. Memaafkan pada mereka ya...

Akikah Anak Lelaki Perempuan

Maksud Akikah  Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah) Hukum Aqiqah Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-...