Ketahuilah, bahawa ruh Baginda Rasulullah SAW akan selalu
hadir dan berada di sisi para pecinta dan para perindunya. Bila-bila dan dimanapun
mereka berada.
Jika Allah SWT mengizinkan ruh Saiyidina Jaafar bin Abi Thalib
terbang dari Syurga menuju Madinah untuk mengirim salam kepada Baginda
Rasulullah SAW. Lalu bagaimana dengan ruh suci Rasulullah SAW sendiri...?
Allah SWT
membebaskan ruh-ruh para Nabi untuk bertemu Baginda Rasulullah SAW pada malam
Isra' Miraj, Maka ruh Sayyidil Wujud Muhammad SAW memiliki kebebasan dan
kekuasaan yang lebih dari ruh-ruh lainnya.
Hal ini adalah kerana ruh Nabi Muhammad SAW adalah ruh yang paling mulia di
alam ini dan ruh paling agung di dunia ini. (Al-Habib Umar bin Hafidz)
Kalam Al-Habib Umar bin Hafidz ini menunjukkan bahawa
Rasulullah SAW akan selalu hadir di Majlis para pecintanya, Majlis para
perindunya, Majlis Selawat, Kerana Baginda SAW sangat mencintai dan merindui umatnya jauh melebihi rasa cinta dan rindu mereka padanya. Allahu Akbar!!!
Sebab itu kenalah difahami bahawa hubungan Rasulullah saw dengan umat yang mencintai Baginda akan terus berlaku sepanjang zaman.
Pernah dalam satu masa ketika Sayyidi Syeikh Soleh El-Ja'afari Radhiallahu 'anhu sedang menyampaikan kuliahnya di Masjid Al-Azhar, tiba-tiba bersuara seorang lelaki bertanyakan tentang istilah 'madad' yang biasa diungkapkan oleh ahli Tarikat Ahmadiah, katanya: Ya syeikh! telah menegah oleh guruku tentang berkata "madad ya Rasulullah!!".
Lalu jawab Syeikh Solleh El-Ja'afari: "Apa makna madad yang engkau faham? Ketika engkau pergi kepada seorang yang 'alim dan berkata engkau di hadapannya "madad"; maksudnya "ajarkan aku".
Ketika engkau berkata kepada seorang wali, "madad!!"; maksudnya engkau meminta kepada wali itu doakan kebaikan. Ketika engkau berkata juga, "Madad Ya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam"; maksudnya engkau meminta ampun "wahai pesuruh Allah".
Kesimpulannya kalimah madad sepatutnya mesti mengetahui kepada mereka yang kita tujukan, samada wali atau orang 'alim atau Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam dan kepada siapa yang kita tujukan.
Maka hendaklah kita faham wahai saudaraku tentang makna madad yang sebenarnya. Ia bukan satu kalimah yang syirik, padahal madad adalah harus dengan bahawasanya kita faham maksud asalnya. Kita berkata Madad Ya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam; maksudnya kita pohonkan dan panjatkan dengan shafa'at dan memohon ampun daripada Rasulullah Sollahu 'alaihi wasllam. Dan perkara ini adalah harus. Wallahu a'lam.
0 ulasan:
Catat Ulasan