Social Icons

Sabtu, 1 Julai 2017

Siapakah Ulamak Yang Sebenarnya?

Imam Ghazali membahagi ulama kepada dua iaitu;-

Ulamak Pertama - Ulama Akhirat / Ulamak Sahih / Ulamak Sebenar:

Rasulullah SAW bersabda yang bermakna;

"Para ulama itu pewaris para nabi" (Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi)

Ciri-ciri ulama akhirat.:-

1. Istiqamah aqidah, ibadah, akhlak dan dakwahnya, takutnya hanya pada Allah. (QS Al Anbiya 28)

2. Senangnya berjamaah ke masjid, 

3. Lembut tutur katanya, bicaranya hikmah yang mengajak hijrah menuju Allah, 

4. Tegas menyampaikan Haq, 

5. Tampak sekali kerendahan hatinya, wajahnya murah senyum bercahaya

6. Ikhlasnya mengajar tanpa minta upah 

7. “Tsiqqoh” kuat menjaga janji, 

8. Warak- sangat takut dan berhati-hati dengan Hukum Allah

8. Siang malam memikirkan umatnya. Sentiasa doakan umat.

9. Keluarganya sakinah dan uswah hasanah, 

10. Kuatnya menjaga silaturahim. 

11. Menghormati perbezaan pendapat, 

12. Memaafkan pada mereka yang menyakitinya, 

13. Jauh dari sifat dengki.

14. Senang untuk selalu belajar, mengaji dan berguru lagi (QS Ali Imran 79).


Ulamak Kedua - Ulamak Dunia (Ulama' Su')

Rasulullah SAW mengistilahkan mereka ulama su’ dengan sebutan “para dai yang berada di tepi pintu-pintu neraka”. Beliau peringatkan kita dari keberadaan mereka sebagaimana dalam sabdanya, "… Dan sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku ialah para ulama-ulama yang menyesatkan.” (H.R. Abu Daud dari sahabat Tsauban radhiyallahu ‘anhu).

Ciri-ciri ulama dunia;-

1. Menginginkan kekayaan (hidupnya bermewah-mewah) 

2. Menginginkan penghormatan duniawi.

3. Tidak segan-segan berkhianat pada hati nurani, asalkan tujuan mereka tercapai.

4. Bergaul bebas dengan raja-raja dan pegawai pemerintah, pemimpin, penguasa, serta memberikan sokongan moral terhadap tindakan mereka, 

5. Tak perduli baik atau buruk.

6. Berdakwah jika hanya ada upahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text