Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Tangisan Imam malik Ketika Menghadap Hidangan Berbuka Puasa

Dalam sebuah riwayat Sayidinal-Imam Malik ibn Anas atau nama lengkapnya: Mālik ibn Anas bin Malik bin 'Āmr bin AbdAllah al-Humyari al-Asbahi al-Madani, lahir di Madinah pada tahun 714M/93H, dan meninggal pada tahun 800M/179H, beliau adalah pakar ilmu fiqh dan hadits (pengarang kitab al-Muwatha') serta pengasas Mazhab Maliki. Dalam sebuah riwayat di bulan Ramdhan pada ketika menghadap hidangan untuk berbuka puasa beliau menangis hingga bercucuran air matanya membasahi janggutnya. Lalu salah satu muridnya bertanya.  Murid: ''Wahai guruku yang mulia, kenapakah engkau menangis sedemikian sedih serta menyayat hati kami?? Apakah ada di antara kami yang membuat hatimu sedih, atau hidangan ini kurang berkenan??!" Imam Malik: ''Tidak ... tidak wahai murid-muridku. Sungguh, kamu semua adalah murid-murid terbaikku dan sangat berkhidmad padaku, bahkan hidangan ini teramat nikmat buatku." Murid: ''Lalu kenapakah wahai guru kami yang tercin...

Bolehkah Mengambil Anak Angkat? Apakah Hukum-Hakam Berkaitan Anak Angkat?

Imej
Amalan mengambil anak angkat telah dilakukan sejak sebelum kedatangan Islam.  Pelbagai faktor menyebabkan manusia mengambil dan memelihara anak angkat.  Sebelum kedatangan Islam, anak angkat dianggap seperti anak sendiri tanpa sebarang peraturan dan disiplin yang menjadi garis panduan dalam perkara ini. Kehadiran Islam tidak pernah menghalang amalan ini, tetapi telah membawa satu sistem yang sempurna bagi menjamin hak kedua-dua belah pihak dan juga menggariskan batas-batas pergaulan serta mengandungi unsur-unsur spiritual yang utuh. Oleh kerana anak angkat asalnya adalah orang asing kepada keluarga angkatnya, maka sudah pasti apabila dia dewasa, akan timbul persoalan berkenaan aurat, pergaulan sesama ahli keluarga angkat di dalam rumah, bersalaman dan sebagainya. Ketika itu hukumnya adalah seperti orang asing (ajnabi) yang lain iaitu haram mendedahkan aurat, bersentuhan dan bersunyian di dalam rumah.  Bagaimanakah situasi ini dapat diharungi sedangkan per...

Ini Dia!!! HADIAH DI BULAN RAMADHAN

Dengan rahmat Tuhan, Ramadhan tiba lagi. Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya, mahal & besar-besar dari Tuhan. Hadiah buat orang bertaqwa, bukan untuk orang Islam. Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim & fasiq. Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam, diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal. Di antara hadiah-hadiah itu ialah : ▫hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa. ▫hadiah keredhaan-Nya juga mahal. ▫kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan. ▫rahmat-Nya. ▫berkat dari-Nya dunia Akhirat. ▫diberi-Nya pahala berganda-ganda. ▫hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu tahun beribadah. ▫akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi. Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah, di antara hamba-hamba dengan Tuhan. Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja. Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba. Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan...

Saling Mencintai Kerana Allah - Gambaran Hati Yang Sayu Pilu Dan Rindu!!

عَنْ أَبِي مُسْلِمٍ الْخَوْلَانِيِّ قَالَ دَخَلْتُ مَسْجِدَ حِمْصَ فَإِذَا فِيهِ نَحْوٌ مِنْ ثَلَاثِينَ كَهْلًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا فِيهِمْ شَابٌّ أَكْحَلُ الْعَيْنَيْنِ بَرَّاقُ الثَّنَايَا سَاكِتٌ فَإِذَا امْتَرَى الْقَوْمُ فِي شَيْءٍ أَقْبَلُوا عَلَيْهِ فَسَأَلُوهُ فَقُلْتُ لِجَلِيسٍ لِي مَنْ هَذَا قَالَ هَذَا مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ فَوَقَعَ لَهُ فِي نَفْسِي حُبٌّ فَكُنْتُ مَعَهُمْ حَتَّى تَفَرَّقُوا ثُمَّ هَجَّرْتُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ قَائِمٌ يُصَلِّي إِلَى سَارِيَةٍ فَسَكَتَ لَا يُكَلِّمُنِي فَصَلَّيْتُ ثُمَّ جَلَسْتُ فَاحْتَبَيْتُ بِرِدَاءٍ لِي ثُمَّ جَلَسَ فَسَكَتَ لَا يُكَلِّمُنِي وَسَكَتُّ لَا أُكَلِّمُهُ ثُمَّ قُلْتُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ قَالَ فِيمَ تُحِبُّنِي قَالَ قُلْتُ فِي اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فَأَخَذَ بِحُبْوَتِي فَجَرَّنِي إِلَيْهِ هُنَيَّةً ثُمَّ قَالَ أَبْشِرْ إِنْ كُنْتَ صَادِقًا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْمُتَحَابُّونَ فِي جَلَالِي لَهُ...