Social Icons

Selasa, 30 Mei 2017

Tangisan Imam malik Ketika Menghadap Hidangan Berbuka Puasa

Dalam sebuah riwayat Sayidinal-Imam Malik ibn Anas atau nama lengkapnya: Mālik ibn Anas bin Malik bin 'Āmr bin AbdAllah al-Humyari al-Asbahi al-Madani, lahir di Madinah pada tahun 714M/93H, dan meninggal pada tahun 800M/179H, beliau adalah pakar ilmu fiqh dan hadits (pengarang kitab al-Muwatha') serta pengasas Mazhab Maliki.

Dalam sebuah riwayat di bulan Ramdhan pada ketika menghadap hidangan untuk berbuka puasa beliau menangis hingga bercucuran air matanya membasahi janggutnya.

Lalu salah satu muridnya bertanya.  Murid: ''Wahai guruku yang mulia, kenapakah engkau menangis sedemikian sedih serta menyayat hati kami?? Apakah ada di antara kami yang membuat hatimu sedih, atau hidangan ini kurang berkenan??!"

Imam Malik: ''Tidak ... tidak wahai murid-muridku. Sungguh, kamu semua adalah murid-murid terbaikku dan sangat berkhidmad padaku, bahkan hidangan ini teramat nikmat buatku."

Murid: ''Lalu kenapakah wahai guru kami yang tercinta?"

Imam Malik: ''Sungguh, aku pernah berbuka puasa dengan guruku (Sayidinal-Imam Ja'afar as-Sodiq, cucu Baginda Rasulillah saw.), dalam makanan yang nikmat seperti saat ini dan beliau (Sayidina Ja'far as-Ssodiq) berkata sambil terisak, ''Wahai ibnu Anas (Imam Malik) tahukah engkau, Rasulullah saw terkadang berbuka dengan 3 butir kurma dan air, tapi Baginda saw merasa sangat nikmat penuh syukur, bahkan seringkali Rasulullah saw hanya berbuka dengan sebutir kurma yang di bahagikan dengan Sayyidatuna Aisyah, tapi sungguh Baginda saw merasa sangatlah nikmat.  Baginda Rasulillah saw merasa cukup dengan sedikit sahur dan berbukanya, tapi sangatlah banyak ibadah dan syukurnya dalam keadaan Baginda saw selalu mendoakan kita umatnya yang selalu lalai kepada Baginda...!""

Sedangkan kita pada hari ini, di penuhi pelbagai jenis makanan nikmat dalam berbuka, tapi kita sangatlah jauh dari ibadah dan rasa syukur??" Lanjut Imam Malik, "Dan tahukah kamu semua setelah berkata itu, maka guruku - insan yang mulia (Sayidinal-ImamJa'far as-Sodiq) pengsan kerana tiada mampu menahan rasa rindu dan terkenangkan akan Rasulillah saw." 

Masya Allah Tabarakallah ... Setelah Imam Malik ibn Anas menceritakan hal itu sambil teresak-esak menangis kepada murid-muridnya, maka tiba-tiba ruangan tersebut menjadi haru dengan esak pilu kerinduan kepada Baginda Nabi saw oleh semua yang ada dalam majlis itu. 

(Allah ... Allah ... Ya Rasulallah).

Mari tataplah santapan sahur dan berbuka kita, lalu muhasabah dan koreksi lah amal ibadah kita. Bersyukurkah kita atau kufurkah kita ??? 

Wallahu A'lam.

Catatan: 
Sayidina Imam Ja'afar ini lahir pada 20hb April 702 masihi - hidup sezaman dengan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah bahkan menjadi guru kepada kedua-dua Imam Mujtahid ini. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text