Social Icons

Sabtu, 23 April 2016

Ajaibnya Tentera Islam - Sejarah Agung Di Bulan April

SEJARAH YANG BERLAKU PADA BULAN APRIL  

Percayakah anda jika sejarah kegemilangan Islam menyatakan umat Islam pernah membuat 70 buah kapal "berlayar" di atas daratan malahan memanjat sebuah bukit kecil? Ia adalah sesuatu yang amat susah dipikirkan dengan akal logik tetapi inilah apa yang berlaku pada pagi 22 April 1453 di sebelah sebuah kota bernama Constantinople.


Pada masa itu, sudah lebih sebulan angkatan tentera Uthmaniyah sebanyak 200 000 orang angota tentera di bawah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh mengepung kota Constantinople tetapi malangnya walaupun dengan meriam gergasi Urban, tembok kota Constantinople terlalu teguh dan setiap kali selepas serangan keatas tembok kota dihentikan, pasti para askar Byzantine akan membaikinya semula. 


Oleh sebab itu Sultan Muhammad Al-Fateh bercadang untuk menyerang kota Constantinople melalui pelabuhannya di mana tembok yang melindungi pelabuhan tersebut adalah lebih nipis dan lemah strukturnya tetapi terdapat satu masalah untuk menjayakan misi ini. Di bahagian laluan masuk ke pelabuhan tersebut terdapat sebuah rantai gergasi yang menghalang untuk mana - mana kapal memasukinya.


Oleh sebab itu pada 9 April 1453, Baltaoglu Suleyman Bey iaitu komander armada laut Uthmaniyah telah mengarahkan 3 buah kapal perangnya untuk melanggar rantai gergasi tersebut secara serentak tetapi ini juga gagal untuk memutuskan rantai tersebut. 


Selepas ini beberapa buah kapal perang yang di lengkapi dengan meriam dari Genoa telah datang membantu Byzantine dan menyebabkan kekalahan teruk keatas armada laut Uthmaniyah, ini menyebabkan semangat juang tentera Uthmaniyah makin menurun.


Selepas peristiwa ini, Sultan Muhammad Al-Fateh sudah menjadi buntu dan hampir berputus asa sehinggalah gurunya iaitu seorang ulama bernama Aksemseddin (Syeikh Syamsuddin Al-Wali) telah menyuntikkan kembali semangat juang di dalam hati Sultan Muhammad Al-Fateh. Pada satu hari Sultan Muhammad Al-Fateh dengan berkat gurunya itu, telah mendapat ilham untuk membawa 70 buah kapal perangnya menggunakan jalan darat untuk memintas rantai gergasi tersebut. 


Pada tengah malam 21 April 1453, beberapa ribu orang tentera bersama dengan binatang - binatang telah memulakan proses mengalihkan kapal perang dari laut ke darat dengan meletakkan bongkahan kayu yang di saluti dengan minyak untuk memudahkan gerakan kapal - kapal tersebut. 


Pada pagi 22 April 1453, kesemua 70 buah kapal sudah berjaya dialihkan kembali ke dalam laut berhadapan dengan pelabuhan kota Constantinople. Ini telah mengejutkan Maharaja Byzantine, jeneralnya dan juga kesemua angota tentera Byzantine yang tidak menyangka bahawa sesuatu seperti ini mampu dilakukan malahan dilakukan di dalam masa kurang daripada semalaman.


Dengan kehadiran armada laut Uthmaniyah di dalam perairan perlabuhan kota Constantinople, ini telah memaksa pihak Byzantine untuk mengalihkan sebahagian besar tenteranya dari tembok utama ke tembok perlabuhan bagi mengelakkan pencerobohan dari situ. Ini telah menyebabkan pertahanan Byzantine menjadi lemah dan memudahkan penawanan kota Constantinople yang berjaya di sempurnakan pada 29 Mei 1453.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text