Kemasyhuran

Al-Habib Ali Al-Jufri الحبيب علي الجفري bercerita bahawa beliau pernah meminta nasihat secara peribadi daripada al-Marhum al-Muhaddith Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim dengan berkata, "Sayyidi! Saya merasakan saya telah hampir kepada ambang kemasyhuran. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan fitnah kemasyhuran ini?"

Al-Marhum menjawab, "Saya berikan kamu DUA nasihat :

Pertama - tundukkan pandangan mata hati kamu daripada melihat kepada ganjaran manusia.

Kedua - luangkan masa bersama ALLAH di waktu malam walaupun sekadar lima minit dengan melakukan ketaatan sama ada bersolat dua rakaat, membaca al-Qur'an, berzikir atau berdoa.

Jika kamu lakukan perkara ini, ALLAH akan mencampakkan rasa lazat bermunajat kepada-Nya di hati kamu sehinggakan walaupun kamu sekadar meluangkan masa bersama-Nya selama lima minit, hakikatnya kamu mengecapi kelazatan itu selama berjam-jam tanpa kamu sedari."

Ya Subhanallah!!

p/s : Pesanan untuk sesiapa saja yang telah mula dihinggapi populariti dan kemasyhuran agar tidak timbul rasa 'ujub dan takbur...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Sepasang Remaja Di Malam Pertama Pengantin Baru 2013 (Sambungan)

90% Kes Rogol Bawah Umur Dilakukan Teman Lelaki

Khutbah Nikah: Pernikahan Adalah Bukti Takut Allah SWT