Sedikit Tazkirah
Ada seorang alim bertanya kepada saya,"Apa yang lebah akan cari bila dicampak ke dalam sampah?". Saya jawab, "Dia akan mencari madu." Orang alim tu menjawab, "Tidak, sebaliknya dia akan mencari bunga untuk mendapatkan madu".
Kemudian dia bertanya lagi,"Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan bunga?", Saya jawab, "Pasti lalat akan mencari sampah."
Kemudian orang alim tu berkata, "Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya, sebaliknya janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, namun kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain."
0 ulasan:
Catat Ulasan