Kita selalu mendengar pertanyaan mengenai 'masa depan' seseorang pelajar. Ramai yang bertanya sejauh mana sesuatu sistem pendidikan itu memberi jaminan pekerjaan yang terbaik. Jika kerjaya yang sesuai dengan kelayakan tidak diperolehi bolehlah dikira sistem pendidikan itu adalah sistem yang gagal?
Hakikatnya peluang tetaplah sama. Setiap pelajar dalam apa jua aliran - di mana-mana pun - mempunyai potensi untuk berjaya di masa depan asalkan mereka berdisiplin dan bersunguh-sungguh. Cuma, di dalam Islam, pendidikan sebenarnya bukan semata-mata mengenai kerjaya di masa depan. Apa yang penting (dan inilah asas utama dalam pendidikan) ialah menyiapkan jati diri seseorang pelajar.
Jati diri yang dimaksudkan ialah nilai dirinya di sisi Allah SWT sebagai hamba dan khalifahNya. Jika seseorang pelajar itu nilainya kosong dari sudut ini di sisi Tuhan, apakah lagi yang hendak kita banggakan? Sudah terbukti, ramai orang berjawatan tinggi tidak bersembahyang. Sudah termaklum, ramai yang bergelar VIP tetapi masih melakukan dosa dan mungkar. Puncanya kerana keutamaan penyiapan dirinya hanya semata-mata akademik. Soal ibadah, akhlak, kefahaman agama, kecintaan kepada Allah dan Rasul dengan mudah dikesampingkan.
Kita yakin semua yang berhati lurus dengan Allah akan setuju dengan apa yang dinyatakan ini. Ianya satu persoalan yang asas dan utama. Meminggirkan usaha membina hati yang kuat dengan Allah akan menjadikan orang pandai itu penipu yang licik. Kalaupun dia baik, baiknya itu sekadar biasa-biasa. Ianya bukanlah kebaikan yang bertunjang dari rasa mahu membesarkan Allah dan Rasul dalam hidupnya.
Sebab itu kita perlu terus memperjuangkan pendidikan yang berteraskan "awal agama itu mengenal Allah". Keutamaan pendidikan ialah pada permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW iaitu Iqra'. Iqra' yang bermakna bacalah bukanlah semata-mata membaca tetapi "Bacalah dengan nama Tuhanmu!!" Inilah pendidikan. Membaca tanpa ditunjangi hubungan hati dengan Tuhan adalah sia-sia. Bahkan usaha belajar itu berpotensi dirosakkan nafsu dan syaitan. Berapa ramai orang pandai yang menjadi sombong dan bongkak?
Hubungan hati dengan Allah dan merindui Rasulullah SAW adalah anak kunci kejayaan kita dalam apa jua bidang terutama dalam hal pendidikan. Bimbangilah keadaan anak-anak kita yang terpisah dengan Tuhan di awal usianya. Berusahalah sehabis daya untuk pastikan mereka mendapat Allah dan Rasul di dalam hati mereka kerana itulah hakikat tanggung jawab kita. Ini semua akan disoal Tuhan di akhirat.
Janganlah kita menipu diri sendiri - menekankan sangat soal pencapaian akademik dengan hujjah, dunia pun perlu dipastikan berjaya. Ya betul! hidup di dunia tidak boleh merempat - mengemis di sana sini. Tetapi usahakanlah terlebih dahulu pendidikan yang menjadikan mereka orang bertaqwa. Inilah maksud pendidikan yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.
Setiap sekolah sepatutnya memfokuskan melahirkan generasi bertaqwa. Jika setiap guru gigih mengusahakan ini sama seperti kegigihan mereka mengusahakan pencapaian 'A' yang maksimum, pastilah ada hasil yang menakjubkan di semua sekolah di negara kita.
Nanti kita akan dapat melihat munculnya peribadi pelajar yang ajaib. Ianya akan terjadi jika kita bersungguh-sungguh mengusahakannya. Pelajar yang hatinya sudah ada rasa takut dengan Allah akan berbudi pekerti yang tinggi, berakhlak mulia, bersopan santun malah berwibawa. Mereka tahu untuk menjaga hubungan mereka dengan Tuhan dan hubungan mereka dengan sesama manusia.
Mereka akan menjaga solat mereka di mana sahaja mereka berada. Mereka takut berbuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka orang yang sentiasa bertaubat dan bersyukur. Mereka akan tahu menghormati, menyayangi dan mencintai ibubapa, kaum keluarga dan orang-orang yang berjasa pada mereka.
Jadi, bagaimana dengan kehidupan mereka di dunia? Ya, di sinilah titik persoalan yang tidak mudah dijawab oleh siapa sahaja sekalipun ulamak!! Berapa ramai yang terperangkap dalam menanggapi persoalan ini hingga akhirnya mereka kembali memandang serius semata-mata pada pencapaian akademik.
Mereka tutup mata tentang betapa pentingnya pendidikan membawa pelajar kepada Allah dan Rasul. Pada mereka soal Tuhan dan masa depan akhirat boleh dikompromi. Manakala soal hidup di dunia lebih penting dan utama. Ketepikan dulu akhirat demi mendapatkan ijazah dan kedudukan serta pekerjaan yang menjamin kesenangan hidup. Justeru, para ulamak pun berlumba-lumba menghantar anak ke sekolah yang dapat menjamin peluang mendapat pekerjaan bergaji tinggi.
Di sisi Allah, akhirat itu 'lebih utama dan lebih kekal'. Hanya orang bodoh sahaja yang mengusahakan yang tidak utama dan mengutamakan sesuatu yang akan binasa. Sepatutnya akhirat yang kekal itulah keutamaan kita kerana kita akan menanggung segala-galanya sampai bila-bila. Sepatutnya kehidupan dunia hanya digunakan sebagai jambatan menyampaikan ke akhirat, Sepatutnya usaha-usaha kehidupan di dunia hanya sekadar dunia tempat persinggahan sementara yang ianya akan pasti binasa.
Orang bertaqwa itu ialah orang yang kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Masa hidup seharian mereka lebih banyak mempunyai rasa hati yang takutkan Allah daripada yang lain. Orang sebegini adalah orang pilihan. Mereka sudah benar-benar menjadi hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi. Tentulah Allah yang menjadi pemilik dan owner alam ini tersangat tahu untuk membela, membalasi dan mengganjari mereka.
Sebab itu mereka dikatakan golongan yang tidak mempunyai sebarang rasa takut dan bimbang dengan kehidupan dunia. Mereka tidak bersedih hati kalau berdepan dengan sebarang kesusahan dunia. Mereka menganggapnya sebagai lumrah kebiasaan yang mesti dihadapi dengan jiwa yang positif - menyerahkan segala-galanya pada Allah.
Tuhan adalah pembela bagi hamba-hambaNya. Dialah yang memberi makan, memberi pakaian, menyediakan tempat tinggal, mengubat kesakitan, memberi kenderaan, kerehatan, kesenangan dan kebahagiaan. Tidak ada satu zarrah pun yang kita miliki yang terpisah dari Tuhan. Bahkan Tuhanlah yang mengurniakan segala-galanya kepada kita.
Kalau begitu kenapa kita tidak usahakan menjadi orang bertaqwa? Kenapa kita tidak serius mendidik anak bangsa kita menjadi generasi bertaqwa yang mana kesenangan dunia akhirat mereka dijamin Allah SWT?
Pendidikan sebegini akan berjaya satu masa nanti - dengan berkat Rasulullah SAW. Percayalah!!
Inilah sebabnya yahudi sangat berusaha merosakkan sistem pendidikan yang mengajak manusia mentaati Allah dan Rasul. Ini adalah kerana kesan menjadi orang yang takut Allah dan rindukan nabi itu sangat luar biasa. Mereka yang bertaqwa ini digeruni yahudi. Jika individu dan generasi sebegini dapat kita lahirkan, yahudi tidak akan dapat sewenang-wenangnya menyembelih umat Islam!!
Sebab itu bila kita melagang sistem pendidikan, janganlah difikirkan sangat soal kehidupan dunia. Ianya wajar dilihat 'simple' dan mudah. Jadikan kehidupan dunia sebagai suatu yang mudah kerana keutamaan kita ialah mendapatkan hati yang khusyuk dengan Tuhan dan merindui Baginda Nabi SAW. Setiap ruang yang ada - dalam apa jua mata pelajaran sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah difokuskan mengajak pelajar ke arah mendapat dua rasa yang utama ini.
Pelajar yang sudah 'mendapat' Allah dan Rasul akan menjadi pelajar yang cerdik dan pintar. Saksikanlah ini semua nanti. Ianya pasti berlaku kerana ketika itu Allahlah yang menjadi guru mereka. Banyak yang tersirat dapat mereka kuasai dari setiap ilmu yang dipelajari. Inilah yang dikatakan keberkatan ilmu. Bukan mudah tetapi sejarah membuktikan ianya bukanlah suatu yang mustahil!!
0 ulasan:
Catat Ulasan