Social Icons

Ahad, 26 April 2015

10 Tips Membeli Ikan Segar Di Pasar


Let’s face it. Jika anda tidak tahu beza ikan pelata dengan ikan cencaru, besar kemungkinan tidak akan mengotorkan tangan anda untuk memilih ikan dari timbunan banyak-banyak ikan di meja peniaga ikan. Anda akan bagitahu ikan apa yang anda mahu, berapa kilo, bayar dan terus beredar. Before you know it, isteri/ibu/kawan anda akan bersumpah tidak akan membenarkan anda membeli ikan untuknya lagi kerana anda baru sahaja membeli ikan yang tidak segar.

Tahukah anda ikan goreng yang dibeli segar rasanya sangat-sangat berbeza sedapnya berbanding ikan goreng yang anda makan di dewan makan sekolah berasrama anda dahulu?

Persoalannya bagaimana untuk memilih ikan yang tersegar dan terbaik dari lambakan ikan yang dilonggok di pasar? Di sini, kami ingin berkongsi tips Oleh Chef Jamie Oliver - bagaimana memilih ikan ketika di pasar.

Gunakan deria penglihatan anda

1. Badan ikan segar mempunyai kulit yang licin dan berkilat.


2. Ikan bersisik yang segar mempunyai sisik yang masih kukuh di badannya. Ikan yang tidak segar mempunyai sisik yang sudah mula tertanggal.

3. Ikan segar mempunyai mata yang cerah. Crstal clear.


Bukannya berwarna merah….
….atau kabur seperti ini.


4. Ikan segar mempunyai insang yang berwarna merah pekat….
….seperti warna darah.

Jika insang ikan tersebut sudah dibuang atau berwarna selain merah pekat, itu adalah petanda terbesar ikan tersebut adalah ikan lama. Yuck!

Guna deria bau anda

1. Ikan segar tidak pernah berbau hanyir. Ia berbau seperti bau laut.

2. Jika anda tidak suka dengan bau ikan tersebut (bau busuk), jangan beli ikan tersebut. Trust your instinct.

3. Jangan membeli jika anda terbau ammonia/formaldehyde (bau bahan kimia yang tajam) dari kedai peniaga ikan tertentu. Ikan mereka mungkin nampak berkilat dan tidak banyak lalat, tetapi ikan-ikan mereka telah disembur dengan larutan ammonia hidroksida cair/formaldehyde.


Guna deria sentuhan anda

1. Sentuh kulit ikan yang anda mahu beli. Kulit ikan yang segar licin dan basah, seperti baru keluar dari air.

2. Picit daging ikan itu sedikit. Daging ikan segar lebih anjal.

3. Jika daging ikan itu tidak anjal dan kering, ikan tersebut tidak layak berada di dapur anda.


10 Tips Membeli Ikan Segar Di Pasar Oleh Chef Jamie OliverPerkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

Read more: 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text