Saiyidina Anas r.a. menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidakkah aku khabarkan kepada kamu berkenaan beberapa kaum, yang mereka itu bukanlah para nabi dan bukan juga syuhada, (namun begitu) para nabi dan syuhada beririhati dengan mereka pada hari Kiamat nanti dengan kedudukan mereka di sisi Allah di atas minbar-minbar cahaya, (yang mana dengan itulah) mereka dikenali."
Para sahabat bertanya, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Mereka ialah orang yang menjadikan hamba-hamba Allah menyintai Allah dan menjadikan Allah menyintai hamba-hambaNya; dan mereka berjalan di atas muka bumi dalam keadaan memberikan nasihat."
Aku berkata, "Ini adalah menjadikan Allah dicintai oleh hamba-hambaNya, bagaimana pula (mereka boleh) menjadikan Allah menyintai hamba-hambaNya?" Jawab baginda,"(Dengan cara) mereka menyuruh orang ramai dengan apa yang disukai oleh Allah, dan mencegah mereka daripada apa yang dibenci oleh Allah, apabila manusia mentaati (yakni mengikuti) mereka itu, maka Allah Azza Wa Jalla akan menyintai manusia itu."
(Direkodkan oleh al-Baihaqi, an-Naqqasy dan Ibnu an-Najjar)
#HayatusSahabahjilid2
0 ulasan:
Catat Ulasan