Social Icons

Wednesday, 29 October 2014

Roket Amerika Meletup - Pertanda Amerika Semakin Jatuh

Roket misi penghantaran bekalan ke ISS meletup
29 Oktober 2014


VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT. 

Sebuah roket milik Orbital Science Corporation, Antares yang membawa bekalan untuk Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) meletup enam saat selepas dilancarkan dari Wallops Flight Facility di Pulau Wallops, awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pada jam 6.22 petang (7.22 pagi waktu tempatan).

Pelancaran ini merupakan misi penghantaran ketiga modul kargo Cygnus Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) membawa muatan seberat 5,000 paun berupa bekalan makanan, kajian saintifik dan pelbagai peralatan lain.

Menurut jurucakap NASA, Jay Bolden kejadian ini disifatkan sebagai bencana anomali yang berpunca daripada kegagalan fungsi pelancaran, lapor Space Orbital.

Kesan kerosakan dapat dilihat sehingga ke bahagian selatan pulau berkenaan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Bagaimanapun, Bolden menegaskan pasukan penyiasat terpaksa mengekalkan keselamatan di kawasan sekitar kejadian kerana roket tersebut turut membawa barangan yang dikalsifikasikan sebagai sulit.

Sementara itu, wakil daripada Orbital, Frank Culberston memberitahu, sistem penamatan penerbangan ditetapkan untuk 20 saat selepas pelancaran dibuat.

Bagaimanapun dia menegaskan hasil siasatan akan memberitahu kesilapan yang mungkin berlaku dalam kejadian tersebut. Manakala pihak mereka akan memperbaiki kesilapan tersebut dan terbang semula.

Difahamkan Orbital mempunyai kontrak bernilai 1.9 bilion dolar dengan Nasa untuk menyediakan lapan penerbangan penghantaran bekalan ke ISS.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text