Social Icons

Selasa, 5 November 2013

Baka-baka Kuda Yang Paling terkenal Di Dunia


Untuk sementara waktu, bacalah maklumat tentang kuda seperti di bawah. Semoga akan ada manfaatnya untuk kita semua.



Kuda Arab

Kuda Arab adalah sejenis kuda yang berasal dari semenanjung Arab. Ia memiliki bentuk kepala yang unik dan ekor yang ternaik, Kuda arab adalah salah satu spesis kuda yang paling mudah dikenali. Kuda Arab juga merupakan salah satu baka kuda tertua melalui penemuan bukti arkeologi yang dipercayai berusia 4.500 tahun. Sepanjang perkembangan sejarah manusia, kuda Arab telah tersebar di seluruh bahagian dunia melalui peristiwa peperangan dan perdagangan. Selain itu juga kuda Arab turut digunakan untuk memperbaiki baka-baka kuda lain. Kuda yang terhasil dari campuran baka kuda Arab akan membolehkan anak kuda mewarisi kelajuan, kekuatan, ketahanan, dan kelasakan kuda Arab. Hari ini, keturunan kuda Arab boleh ditemui di hampir semua jenis baka kuda moden.

Kuda Arab berkembang dalam iklim gurun dan sangat dihargai oleh orang-orang Badwi. Hubungan erat antara kuda Arab dengan manusia telah menjadikannya mempunyai sifat yang baik dan cepat belajar. Namun demikian kuda Arab turut mempunyai ciri penting seekor kuda yang sesuai digunakan dalam situasi berperang iaitu kepantasan menyerang dan keberanian dalam menghadapi situasi buruk. Kombinasi ciri-ciri unggul ini menyebabkan penunggang kuda Arab hari ini perlu mempunyai kemahiran tinggi semasa menunggangnya.

Kuda Arab mampu menjalankan pelbagai tugasan seperti yang dikehendaki oleh pemiliknya. Kuda Arab mampu menguasai disiplin kuda lasak dan mampu bersaing dalam pelbagai acara berkuda. Kuda Arab adalah salah satu daripada sepuluh keturunan kuda paling popular di dunia. Kuda Arab hari ini dapat ditemui di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, Inggeris, Australia, benua Eropah, Amerika Selatan (terutama Brazil), dan tanah asal, Timur Tengah. 


KLIK UNTUK BACA SETERUSNYA


Kuda Andalusia

Kuda Andalusia juga merupakan salah satu keturunan kuda tertua di dunia. Pada tahun 2005 terdapat sekitar 400 kuda Andalusia yang telah didaftarkan di Kanada. Kuda Andalusia berasal dipercayai berasal dari Semenanjung Iberia Sepanyol. Bukti arkeologi menunjukkan kuda ini telah wujud hampir 2500 tahun berdasarkan lukisan yang ditemui di gua. Pada abad ke-18 kuda Andalusia amat popular di seluruh Eropah. Bagi masyarakat Eropah, kuda Andalusia dianggap mempunyai ciri kebangsawanan dan amat bergaya. Namun demikian jumlah kuda ini telah berkurangan disebabkan peperangan yang tercetus di Eropah pada abad ke 18. Bagi mengatasi masalah ini satu program pembiakan kuda Andalusia telah dilaksanakan dengan giat malahan dalam masa sama turut menghalang eksport kuda Andalusia.

Kuda Andalusia mempunyai sifat patuh kepada arahan selain cerdas dan juga sensitif kepada tindak balas. Apabila dikendalikan dengan baik kuda Andalusia akan mahir dengan cepat serta memberikan kerjasama yang positif. Gaya gerakan kuda Andalusia biasanya mempunyai langkah yang panjang, mengangkat kaki dengan tinggi, dan mempunyai rentak langkah yang harmoni. Kuda Andalusia mempunyai keseimbangan gerakan badan yang baik. Walaupun kuda Andalusia terkenal dengan kelincahan dan kebolehan mereka untuk belajar tetapi kuda ini agak sukar bergerak dengan tangkas dalam situasi tertentu kerana saiz yang besar. Sejak awal lagi sejarah kuda Andalusia telah digunakan untuk haiwan pengangkutan. Baka kuda ini sering dipilih di antara beberapa baka kuda yang digunakan untuk acara 'Dressage' klasik. Kuda Andalusia juga turut digunakan untuk kerja-kerja ladang. Adakalanya kuda Andalusia mempunyai sifat agresif sama seperti lembu.


Kuda Mustangs
 
Kuda Mustang adalah kuda liar yang ditemui di barat Amerika Syarikat. Nama kuda ini dipercayai berasal dari perkataan Sepanyol yang membawa maksud Mesteño atau Monstenco liar atau tersesat. Walaupun ia berasal dari kuda Sepanyol namun setelah bertahun-tahun berada di Amerika ia telah bercampur dengan pelbagai baka kuda lain. Kuda Mustangs telah banyak merubah gaya kehidupan penduduk asli Amerika yang tinggal berdekatan Great Plains. Kawanan kuda Mustang liar yang terdapat di bahagian timur Amerika Syarikat telah menyeberangi Sungai Mississippi dan bergabung dengan kawanan barat. Darah baka kuda Perancis kemudiannya telah diperkenalkan ke dalam campuran baka kuda-kuda ini.

Baka kuda lain yang mungkin terdapat dalam baka kuda Mustang ini adalah baka kuda Friesian Timur. Selama 10 tahun bermula pada akhir 1800-an sehingga awal 1900-an 150 kuda jantan telah dibeli oleh kerajaan AS dan kebanyakan kuda ini adalah dari Jerman. Tujuan utama pembelian kuda Friesian Timur pada waktu itu ialah untuk kerja-kerja berat (seperti menarik kereta meriam). Ini menyebabkan walau di mana pun tentera berkuda AS ditemui sudah pasti baka kuda fresian ini turut ditemui. Ini menimbulkan kemungkinan yang besar dan tidak boleh diragukan lagi bahawa baka kuda Friesian turut menambah kepelbagaian baka dalam baka kuda Mustang Amerika.

Baka kuda Mustang ini juga telah diiktiraf antarabangsa FEI untuk kegunaan disiplin berkuda lompatan, Dressage dan sebagainya menjadikan baka Mustang sebagai kuda serbaguna.



Kuda Akhal-Teke
Kewujudan kuda ini mungkin telah muncul sejak 3000 tahun yang lalu. Ia dikenali dengan beberapa nama, tetapi paling nama yang sering digunakan ialah kuda Nisean. Namun, keturunan sebenar kuda ini sukar dikesan kerana sekitar 1600 sebelum Masihi, keturunan kuda dalam definisi moden masih belum muncul. Pada masa itu kuda dikenal pasti berdasarkan lokasi tempat atau jenis.

Menurut sebahagian pendapat, kuda Akhal-Teke telah disembunyikan oleh puak setempat. Lokasi baka kuda ini membiak adalah di kawasan Turkmenistan iaitu di padang pasir Kara Kum. Padang pasir ini berbatu kawasan dataran gurun yang tandus serta dikelilingi oleh pergunungan. Namun ada pendapat lain mendakwa bahawa kuda-kuda ini adalah keturunan daripada kuda yang digunakan oleh kaum Monggol semasa melakukan serangan di kawasan pergunungan pada abad-13 dan abad ke-14.

Suku kaum Turkmenistan merupakan antara masyarakat pertama mempelopori penggunaan kuda untuk menyerang. Mereka memilih kuda terbaik sebelum dibiakkan. Kaum ini turut membuat nota salasilah kuda mereka berdasarkan tradisi lisan. Kuda-kuda itu disebut "Argamaks" oleh Russia, dan amat diminati oleh para pengembara yang mengunjungi kaum ini.

Pada tahun 1881, Turkmenistan telah menjadi sebahagian daripada Empayar Rusia. Suku-suku kaum ini telah berperang dengan pihak Tsar dan akhirnya memenangi peperangan tersebut. Seorang jeneral Rusia, Kuropatkin, telah berjaya menangkap dan membiakkan baka kuda yang digunakan oleh suku kaum ini dan dinamakan sebagai kuda "Akhal-Tekes," sempena suku Turkmen Teke yang tinggal berdekatan Akhal oasis. Kerajaan Russia kemudiannya mencetak buku salasilah keturunan kuda pertama yang berjaya mereka biakkan adalah pada tahun 1941.

Kuda baka Akhal-Teke, ini sering digunakan untuk disiplin berkuda Dressage, lompatan dan kuda lasak.



Kuda Don Rusia
Baka kuda Don, umumnya disebut "Old Don,". Kuda ini telah dijinakan dari separuh liar kepada kuda yang jinak. Kuda Don pada asalnya mempunyai saiz sedehana dengan daya tahan yang luar biasa kerana dibesarkan dalam keadaan hidup yang sukar. Kuda Don Rusia ini telah digunakan sebagai asas untuk meningkatkan keturunan kuda di Rusia. Pasukan berkuda Cossack menggunakan kuda Old Don semasa kempen Rusia menentang Napoleon, dan kuda-kuda Don telah membuktikan kehebatannya bersama pasukan Cossack ke seluruh eropah.

Penggunaan utama kuda Don Rusia dibiakan pada masa lalu bertujuan sebagai pengangkutan untuk pasukan berkuda Cossack. Kuda Don Rusia terkenal dengan daya tahan dan stamina yang tinggi.Kuda-kuda ini hanya memerlukan waktu yang singkat untuk bergerak dalam jarak yang jauh. Hari ini, Kuda Don Rusia digunakan secara meluas untuk tunggangan dan aktiviti berkuda.



Kuda Marwari
 
Asal usul kuda marwari adalah dari kuda India asli dan dikacukan dengan kuda Arab. Pengaruh kuda Arab mungkin datang melalui peristiwa kapal kargo yang rosak dan terdampar dipantai barat India. Legenda di India menyatakan bahawa kapal Arab yang karam tersebut memiliki tujuh kuda Arab yang baik ini kemudiannya telah dibiakkan melalui kacukan ke atas kuda-kuda India. Kuda-kuda Arab ini kemudian dibawa ke daerah Marwar dan digunakan sebagai asas pembiakan kuda Marwari hari ini. Kuda ini memiliki bentuk tubuh yang baik dan mempunyai identiti telinga yang unik dan berbeza dari kebanyakan baka kuda lain. Selain itu terdapat juga kemungkinan pengaruh kuda Monggol dari utara dan membiak di barat laut India di sempadan Afghanistan dan juga di Uzbekistan, Kazakhstan, dan Turkmenistan.

Pada masa zaman kegemilangan India, kuda-kuda Marwari dianggap haiwan yang sangat penting dan ia hanya boleh dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Diraja Rajput dan golongan kasta Kshatriya. Ketika penaklukan Mongul di kawasan India utara pada awal tahun 1500-an orang-orang Mongul telah membawa kuda-kuda Turki yang digunakan untuk meningkatkan kualiti kuda Marwari. Kuda Marwari amat terkenal dengan keberanian mereka dalam pertempuran, serta kesetiaan mereka kepada penunggangnya. Pada akhir abad ke-16, seorang bangsawan Rajput daripada Marwar, di bawah pimpinan Maharaja Akbar telah membentuk pasukan berkuda lebih terdiri daripada 50.000 anggota. Menurut kepercayaan setempat kuda Marwari hanya boleh meninggalkan medan perang dengan tiga syarat sahaja sama ada setelah memperolehi kemenangan dibawa keluar dari medan perang kerana terbunuh atau keluar dari medan perang dengan membawa penunggang yang tercedera untuk mendapatkan rawatan. Kuda-kuda itu dilatih untuk menjadi sangat tangkas dalam situasi medan pertempuran.



Kuda Quarab

Kuda Quarab adalah kacukan antara kuda Quater Amerika dan Kuda Arab.

Kuda Quarter dikenali kerana kelajuannya dan kuda Arab dikenali kerana ketahanan stamina dan ketangkasannya. Kedua-dua baka kuda ini mempunyai ciri-ciri yang baik. Kacukan dari dua baka kuda ini merupakan usaha untuk mengintegrasikan sifat-sifat terbaik daripada dua baka kuda. Kuda Quarab mempunyai tubuh yang serupa dengan baka kuda Arab. Ia memiliki otot lengan yang kuat, punggung yang baik dan sebagainya. Kepala kuda Quarab biasanya memiliki mata yang besar serta dahi lebar dan mempunyai bentuk agak menarik dibahagian wajah. Namun keadaan ini sebenarnya amat bergantung pada peratusan nisbah genetik kuda arab atau kuda Quarter.

Kuda Quarab sangat sesuai untuk berbagai acara berkuda seperti Dressage, lompatan, tunggangan riadah dan kuda lasak.



Kuda Appaloosa

Bukti paling awal kuda appaloosa boleh didapati berdasarkan kepada lukisan gua yang berasal dari zaman Paleolitik yang berusia 18.000 SM. Ia telah dijumpai di Lascaux dan peche-Merle Perancis. Cara menjinakkan kuda turut dijumpai dalam senibudaya Parsi Purba, Greek kuno dinasti Tang di China dan Perancis pada abad ke-11.Lukisan dari Perancis pada abad ke 16 dan 17 pula menunjukkan kuda-kuda dengan tompok Appaloosa telah digunakan sebagai kuda tunggangan dan catatan ini turut menunjukkan kuda Appaloosa telah digunakan sebagai kuda latihan di istana Raja Louis XIV dari Perancis. Pada pertengahan abad ke-18 Eropah, ada permintaan yang tinggi untuk kuda Appaloosa bagi kegunaan kalangan bangsawan. Kuda-kuda ini digunakan di sekolah-sekolah yang mengajar cara menunggang kuda dan sering digunakan untuk perarakan majlis perayaan.

Tidak jelas bagaimana kuda Appaloosa tiba di Amerika, meskipun ada kemungkinan penjajah Sepanyol telah membawa beberapa kuda baka ini bersama-sama mereka semasa awal tahun 1500-an. Menurut rekod terdapat seekor kuda dengan tompok kepingan salji telah didaftarkan sebagai salah seekor dari 16 kuda yang telah dibawa ke Mexico oleh Cortez.Rekod ini merupakan catatan yang dibuat oleh para penulis Sepanyol pada tahun 1604.

Kuda Appaloosa adalah kuda serbaguna, dan ia mampu bersaing dalam acara disiplin berkuda seperti Rodeo. Dalam jenis disiplin berkuda Inggris pula kuda Appaloosa digunakan untuk tujuan memburu serta Dressage dan tidak ketinggalan juga acara kuda lasak.



Kuda baka Quater Amerika

Kuda Quater Amerika adalah sejenis baka kuda yang mahir dalam acara memecut jarak dekat. Nama baka kuda ini diambil dari kebolehannya untuk mendahului baka kuda lain dalam jarak suku kilometer dalam kebanyakan acara perlumbaan. Beberapa pengkaji telah mengukur kelajuan baka kuda ini dan antara catatan menunjukkan ia berkelajuan (88.5 km / jam). Kuda baka Quarter adalah jenis yang paling popular di Amerika Syarikat ketika ini, dan kuda baka Quarter Amerika telah dibiakan oleh kebanyakan persatuan berkuda dan kini mencapai jumlah lebih dari 4 juta kuda Quater Amerika.

Kuda Quarter Amerika terkenal sebagai kuda lumba kuda dan boleh bersaing dalam acara Rodeo. Tubuh yang padat menjadikan kuda Quater Amerika sangat sesuai untuk pergerakan lincah dan cepat terutama semasa aktiviti memintas ternakan seperti lembu. Kuda Quater Amerika juga mampu melakukan acara disiplin berkuda gaya Inggeris seperti menunggang, dan banyak lagi aktiviti berkuda lain.



Kuda Baka Kiger Mustang

Kuda baka Kiger Mustang adalah sejenis kuda yang ditemui pada tahun 1977, oleh Biro Pengurusan Tanah di Beatys butte, yang terletak di tenggara Oregon (Harney County) Amerika Syarikat. Menurut pemerhatian mereka baka kuda-kuda ini mempunyai persamaan dari segi warna dan ciri-ciri fizikal yang serupa di seluruh wilayah Oregon. Ujikaji yang dilakukan di University of Kentucky dan contoh keputusan DNA menunjukkan baka kuda ini mempunyai hubungan yang erat dengan baka Sepanyol yang dibawa ke Amerika pada tahun 1600-an.

Kuda baka Kiger Mustang adalah kuda yang berasal dari genetik kuda liar yang dinamakan "Mesteño", yang bermaksud "liar" atau "liar" dalam bahasa Sepanyol (lihat etimologi di Mustang).

Kuda baka Kiger Mustang, mempunyai ciri-ciri pergerakan yang tangkas dan cerdas, dengan stamina kuat setanding dengan kebanyakan kuda-kuda liar. Kuda baka Kiger Mustang juga mempunyai sifat berani tetapi lembut serta tenang dan sangat sesuai untuk ditunggang oleh mereka yang kurang pengalaman dan juga untuk acara kuda lasak.



Kuda Baka Spanish Mustang

Penjajah Sepanyol telah membawa kuda ini dalam masa 30 tahun pertama mereka di Caribbean. Kuda ini berasal dari semenanjung Iberia. Kuda baka Spanish Mustang ini merupakan kacukan dari baka-baka yang dibawa dari Cuba, Hispanola, dan tanah jajahan Sepanyol yang lain. Kuda baka Spanish Mustang ini adalah keturunan langsung kuda-kuda zaman ke-emasan Sepanyol. Kuda baka Sepanyol Mustang dikembangkan sebagai jenis yang berbeza sepanjang abad 17 dan 18, sebelum kedatangan penjajah Inggeris.

Hari ini kuda baka Sepanyol mustang mengekalkan stamina dan keupayaan untuk perjalanan jauh tanpa menimbulkan tekanan. Kuda baka Sepanyol Mustang mempunyai sejarah kemampuan lagenda untuk perjalanan jarak jauh tanpa kecederaan.



Baka kuda Friesian


Kuda Friesian ialah sejenis kuda berwarna hitam. Ia dipercayai telah wujud lebih daripada 2000 tahun. Disebabkan faktor inilah kuda Friesian dianggap sebagai salah satu keturunan kuda tertua di Eropah. Lokasi asal kemunculan kuda ini dipercayai bermula di wilayah Friesland iaitu dalam kawasan Utara Belanda. Sepanjang abad 16 dan 17 baka kuda Arab dan Andalusia telah diperkenalkan dalam pembiakan kuda di eropah. Ini mungkin telah memberi pengaruh kepada kuda Friesian memiliki gaya berjalan yang menarik saiz kepala yang kecil dan leher agak melengkung. Kuda Friesian didapati bebas daripada pengaruh kuda baka Inggeris. Selama dua abad terkemudian kuda ini telah dibiakkan tanpa gabungan baka kuda lain. Kuda Friesian telah digunakan untuk membentuk pelbagai baka kuda moden hari ini seperti kuda Shire, New Forest, Dale, Morgan, Sweden Warmblood, dan Orlov Trotter.

Pahlawan berbaju besi eropah telah menggunakan kuda Friesian untuk aktiviti mereka. Kuda ini memiliki kekuatan untuk membawa beban berat namun dalam masa yang sama mempunyai keseimbangan stabil. Raja Hungary iaitu Raja Louis II telah menggunakan kuda Friesian jantan semasa bertempur di medan perang pada 15 Jun 1526. Kuda Friesian turut digunakan sebagai kuda perang oleh tentera Friesland berperang dengan tentera Rom dan kemudian digunakan oleh pahlawan tentera Salib Eropah semasa cuba menjajah Baitulmuqadis di Timur Tengah. Kehebatan dan kelincahan yang ditunjukan kuda Friesian menyebabkan ianya popular sebagai kuda latihan di sekolah-sekolah berkuda Paris dan Sepanyol pada abad 15 dan 16.

Dengan perkembangan sektor industri dan penggunaan mesin perladangan yang meluas peranan kuda Friesian hampir pupus. Bahkan sebelum Perang Dunia I, jumlah kuda Friesian yang wujud pada masa itu hanyalah 3 ekor sahaja. Kuda Friesian kemudiannya telah diselamatkan oleh sekumpulan penternak yang berdedikasi di Friesland, sebuah wilayah utara Belanda dan melalui kerja keras mereka akhirnya baka kuda Friesian ini berjaya diselamatkan dan kekal sehingga hari ini. Pembiakan kuda Friesian dilakukan di bawah peraturan yang ketat seperti melalui proses pemilihan, menguji keupayaan prestasi dan mengklasifikasikan setiap baka kuda Friesian perlu memiliki persamaan ciri kuda Friesian yang sangat tinggi.

Kuda Friesian hari ini menikmati publisiti meluas kerana sering muncul dalam filem seperti The Mask of Zorro, Vampir, Sense and Sensibility, Emma, Disney's-Tall Tales, Sleepy Hollow, dan Bedazzled. Kuda Friesian mempunyai kecantikan, saiz yang menarik, dan bagus untuk ditunggang menjadikannya pilihan ramai penunggang baru dan lama.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text