Social Icons

Selasa, 4 Mac 2014

Oh! Rupanya Ada Kerjaya Berpendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Universiti

Pak Lang bertemu dengan ramai remaja yang 'jenis tidak mendengar cakap'. Mereka ada pendirian sendiri. Apa yang kita nasihatkan mereka tidak mahu dengar. Mereka lebih yakin dengan apa yang difikirkan. Ramai yang begini, akhirnya kecundang. Mereka gagal 2 kali. Kali pertama gagal dalam hendak menerima nasihat atau pandangan orang yang lebih berpengalaman. Kali kedua gagal dalam usaha yang dilakukan sedangkan awalnya diyakini boleh mendatangkan hasil. 

Itulah remaja. Mereka sentiasa merasa mereka betul dan benar. Orang yang telah lama hidup telah menempuhinya. Apa yang dipesan ialah agar mereka tidak terjatuh ke lubang kegagalan yang sama. Tetapi bila degil, apalah yang kita boleh buat. Menariknya kita boleh menempelak mereka agar mahu berubah menjadi tawadhuk, merendah diri untuk mendengar nasihat. 

Dalam mencari kerja, carilah kerja yang menguntungkan kita  bukannya kerja yang menjadikan kita kuli pecacai orang lain. Banyak kerja yang boleh kita buat dalam keadaan mendapat gaji atau upah yang banyaknya berkali ganda dari biasa. Ada kerja yang mencabar walaupun kelihatan mudah yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. 

Semuanya bergantung bagaimana melihat sesuatu kerjaya itu. Hanya orang yang mahu belajar sahaja yang akan beruntung dan mempunyai bintang yang cerah. Orang yang malang akan terperangkap dalam ruang kerja yang sempit selama puluhan tahun. Umur hanya dihabiskan untuk bekerja, bekerja dan terus bekerja dalam suasana yang teruk dan membosankan. Tiadalah dapat dikecapi nikmat bahagia!!

Jadi kenalah diusahakan hati yang kuat dengan Tuhan. Nanti kita akan terpimpin dalam berusaha dan bertindak. Akan ada peringatan dari Tuhan dari masa ke semasa.  Jika kita peka dan menghayati Tuhan, akan ada peluang demi peluang yang bermakna untuk kita. Pilih dan istikharahlah.

Pak Lang suka berpesan, carilah kerja yang membantu kita menambah pengalaman dan kemahiran. Carilah kerja yang membantu kita menjadi usahawan di bidang yang sama di masa depan. Kita bekerja untuk mencari pengalaman bukan untuk terus menerus menjadi kuli orang lain. Berazamlah untuk menjadi tuan bagi bisnes sendiri satu masa nanti.

Jika bekerja dengan mana-mana syarikat atau dengan siapa sahaja, berusahalah dengan sesungguh hati. Jadilah pekerja yang rajin tanpa disuruh, jujur tanoa dipantau, aktif tanpa perlu ditegur (kerana malas)!!

Jika hendak mencari kerja makan gaji juga, pilihlah kerjaya seperti dinyatakan artikel berikut:

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting. Walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Berikut adalah 16 kerjaya yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

Malaysian Flying Academy, Melaka.

1. Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

3. Agen Insuran

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.

4. Agen Hartanah

Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia


Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)


Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.

14. Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Demikianlah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, yang mana satu pilihan anda? 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text